Friday, December 26, 2008

MERRY KRISMAS SEMUA


Kepada yang merayakan, selamat beraya. Kepada yang bercuti sampai ujung tahun tu, selamat bercuti. Don't do anything that I wouldn't do.

Wednesday, December 24, 2008

Posting Yang Melankolia

Wah. Dah bersawang blog brader ni. Jadik macam rumah tinggal plak.


Kata ustaz, kalau rumah lama ditinggalkan tak berpenghuni, maka segala jenis jin akan membuatkan rumah tu tempat tinggal mereka. Tapi brader tak tanya plak berapa lama yang 'lama' tu.

Kalau blog dah lama terbiar bersawang ni pun ada jin yang hinggap ke?

Pagi tadi, masa brader tengah drive nak pergi keje, brader pasang CD carca-marba yang telah dicetaklanunkan dari Limewire untuk pendengaran halwa telinga sendiri. Sampai je ke lagu Dato' Siti Nurhaliza yang berduet dengan sifu M. Nasir, iaitu lagu runut dari cerita Puteri Gunung Ledang (PGL) tu, untuk kesekian kalinya brader terkedu mendengarkan keindahan senikata dan bait-bait dari lagu tersebut. Senikata arwah Loloq memang hebat. Lagu & muzik ciptaan sifu memang kelas. Kelunakan gabungan suara Dato' Siti dan sifu memang ngam.

Itu yang buat brader mengimbau kembali kenangan menengok wayang cerita PGL tu dulu. 1st time brader nampak warga bukan Melayu tengok wayang cerita Melayu. Cerita PGL ini lah. Bukan sorang dua. Berderet-deret barisan kerusi, worr. Skrip yang ditulis oleh bro Mamat Khalid memang syahdu dan tangkap lentok. Siapa kata bahasa Melayu tak boleh digunakan sebagai bahasa romantis, beb? Ingat bahase Perancis, Itali atau Inggeris saja ke yang boleh? Kalau tak percaya, tengok balik DVD atau VCD cerita PGL tu dan hayati pertuturan terutamanya antara antagonis dan protagonis yang sedang hangat bercinta. Khusyuk, wa cakap lu...

Hmmm. Dah nak sampai ke penghujung tahun 2008 ni, tetiba plak brader jadik melankolik. Apa-apalah, labu..