Friday, August 15, 2008

ANAK BUAH YANG BERTUAH

Hari Rabu lepas, masa brader singgah kat rumah kakak brader di Danau Kota, Gombak, brader kuis bahu kakak brader.


"Kak Wok," kata brader. "Ko tengok anak dara ko tu. Cakap dalam telefon macam ada perkara serius je."

Brader juihkan mulut brader ke arah anak kakak brader yang ketiga, Munirah, yang baru berusia 6 tahun. Cik Murni, gelaran yang memang kami panggil dia sejak dia mula pandai berbicara (masa umur dia 7 bulan lebih dia dah ucapkan perkataan pertama dia - bingit!), bukan calang² budak perempuan. Setiap perkataan yang ditutur dan perbuatan yang dibuat adalah serius dan bersungguh-sungguh. Dan mulutnya! Masyallah! Melebihi bertih jagung. Busuknya mengalahkan longkang besar DBKL selepas hujan lebat! Lasernya boleh mengalahkan Akak Ogy kita. Sungguh. Brader tak tipu ni. Dan jangan lupa ye umur dia baru 6 tahun. 6 tahun! Baru pra-sekolah. Tahun depan baru nak melangkah ke sekolah rendah dalam tahun 1.

Sebelum brader teruskan dengan 'kejadian' Rabu lepas, izinkan brader kupaskan skit perangai Cik Murni ni. Dia ni tak takut sesiapa langsung. Kata dia, dia hanya takut Allah. Itu yang keluar dari mulut dia sendiri. Brader pernah tanya dia: "Cik Murni tak takut ayah?" Dia jawap dengan selamba: "Ayah bukan Tuhan. Buat apa nak takut ayah." Lepas tu brader tanya dia lagi: "Abis, Cik Murni tak takut ibu?" Dia jawap dengan serius: "Ibu sayang kita. Kita pun sayang ibu. Anak beranak buat apa nak takut antara satu sama lain?"

Anyway, dia tak takut langsung dengan sesiapa. Ada sekali tu, kakak brader bagitau yang masa pilihanraya lepas masa dia ikut ibu dan ayahnya pergi membuang undi di tempat pembuangan undi, adalah juak² parti itu dan ini memujuk ibu dan ayahnya memangkah parti mereka. Lepas jer sorang mamat dari parti *tutt* ni bersuara, Cik Murni dengan selamba bagitau mamat tu: "Parti awak tu pembohong. Suka tindas orang. Hanya Allah akan balas kejahatan parti awak tu." Mamat tu tergamam tak dapat nak cakap apa. Rupa²nya perbincangan hangat antara brader dan ayah Cik Murni tentang politik telah sedikit sebanyak melekat pada otaknya. Itulah ayat yang digunakan oleh ayahnya masa berbicara dengan brader dulu. Betul. Brader tak bohong. Ini yang disampaikan oleh Kak Wok kat brader. Bohong Kak Wok, bohonglah brader.

Lepas tu adalah sekali brader ikut pergi kenduri kawin adik ipar Kak Wok di Pontian tahun lepas. Biasalah kenduri kendara di kampung, belah malam tu ada joget lambak. Seperti biasa, bila joget lambak, orang² tua dan dewasa mula²nya macam malu² nak bukak pentas. Jadi seperti biasa, mc akan jemput budak² menari dulu. Cik Murni ni dengan kepetahan dan 'keramahan' dia begitu senang mendapat kawan di kampung. Adalah seorang 'kawan' dia ni nama Anis, yang 2 tahun lebih tua dari Cik Murni, naik ke pentas menari dengan kawan² kampungnya. Masa tu brader tengok muka Cik Murni dah berubah, dan jadi macam tak keruan. Brader tanya dia mengapa. Dia cakap tetiba dia terasa macam nak naik pentas menari bersama 'kawan' dia. Brader cakap pergilah menari. Dia balas, kalau pergi naik pentas sendiri dia segan. Kalau Pakcu teman dia berani. Brader ni dengan lurus bendulnya kata kalau nak pakcu hantar ke pentas ok jer, dan dia terus tarik tangan brader. Dah hantar dia ke tengah pentas, mc pulak buat announcement yang brader adalah orang dewasa pertama yang naik ke atas pentas untuk menari. Jadik, dia mintak brader joget dan pada masa yang sama menjemput orang² dewasa yang lain naik ke pentas. Ya Allah! Dahlah brader tak reti menari. Serba salah brader dibuatnya. Malu jangan nak cakaplah. Mahu tak mahu, brader goyangkan jugaklah pinggul brader yang memang keras kematu ni ala² Jakpa Onn. Habis gamat satu kampung ketawa dengan gelagat brader. Terkena brader! Sebab apa? Sebab anak buah bertuah brader yang sorang ni! Lepas tu bila abang ipar brader ajak brader balik ke kampung dia, brader selalu bagi alasan yang tak logik.

Berbalik kepada cerita Rabu lepas. Kak Wok pun cakap kat brader nanti dia akan korek rahsia Cik Murni ni. Jadi kami pun tunggulah sehingga budak tu abis bercakap telefon. Lepas jer dia letak telefon, ibu dia tanya dengan selamba, seolah² tak ambil pot.

"Cik Murni cakap telefon dengan sapa?"
Cik Murni mengeluh. Seolah² ada beban berat yang digalasnya.
"Cik Murni cakap dengan kawan ke?" brader pulak yang tanya.
Dia mengeluh lagi. Dan mengangguk kepala. "Dengan Fatin (best fren dia di kelas pra-sekolah)."
Ibu dia mula main jarum. "Ibu tengok Cik Murni macam ada masalah je? Cerita lah kat ibu."

Puaslah kami memujuk dia ceritakan masalahnya. Masih jugak dia tetap menyimpan rahsia dan beban yang dipikulnya itu sendirian. Sehinggalah lepas makan malam.

Tetiba je dia tarik tangan ibu dia. "Ibu, kita ada bende nak bagitau kat ibu. Tapi ibu kene janji ye ini rahsia kita. Ayah pun jangan bagitau ye."

"Pakcu boleh dengar?" kata brader. Dia menjeling kat brader dengan jelingan yang boleh membelah manusia. Itulah jawapannya kepada soalan brader tadi.

Kemudian dia tarik tangan ibunya menuju ke dapur. Brader pun perlahan² duduk di kerusi di sebalik dinding dapur sambil memasang telinga. Brader tau, apa² yang akan diceritakan oleh Cik Murni kepada ibunya pasti sesuatu yang paling kelakar di dalam keseriusannya. And I'm not going to miss it for anything in the world.

"Kat sekolah kita ada boyfren. Nama dia Azri. Fatin cakap dia suka kita, sebab kita suka senyum kat dia. Dia pun suka senyum kat kita. Kita suka dia, dan dia pun suka kita. Tapi tadi Fatin bagitau yang Azri dah cakap 'I love you' kat Arisya Syamira (anak salah seorang cikgu pra-sekolah Cik Murni yang sebaya dengan dia). Jadi sekarang kita tak suka dah kat Azri sebab dia tak jujur."

Brader nyaris² pecah perut di sebalik dinding dapur tu. Tapi brader tahan jugak sebab takut nanti Cik Murni mengamuk atau merajuk dengan brader. Lorrr. Rupa²nya kecik² dah ader cinta monyet. Masyallah. Budak² zaman sekarang ni.

Bila abang ipar brader balik, brader ajak dia pegi makan roti canai kat luar. Dan kemudian brader cerita kat dia apa yang brader dengar. Kami bantai ketawa sampai keluar² air mata di kedai mamak dekat Danau Kota tu.

Cik Murni, Cik Murni. Cemanalah ko besar sok. Jenuh ayah dan abang² ko jaga ko nanti. Hehehehe.

Monday, August 11, 2008

BERPINDAH OPIS

Maaflah sebab brader dah lama tak update blog ni. Sampai naik bersawang dah.

Sebab musabab utamanya ialah kerana brader sibuk berpindah opis, dari TTDI Jaya di Shah Alam, ke Desa Melawati (dekat² Tmn Melawati), Kuala Lumpur.



Jadik bila dah berpindah opis tu, aktiviti utama yang telah dibuat ialah mengemas. Antara sedar dengan tidak, dalam bertahun² kita duduk di satu tempat tu, rupa²nya berlambak sungguh dokumen yang telah kita kumpul. Nak sort satu persatu dokumen yang perlu di bawa bersama dan yang perlu dibuang mengambil masa dan tenaga yang begitu lama. Diam tak diam, dalam brader seronok berkerja di ibu pejabat di Shah Alam tu, brader telah mengumpul lebih dari 10 karung besar 'harta karun' yang seharusnya dilupuskan. Unsangkarable betui.

Pintu masuk utama


Tangga nak menghala ke pejabat brader di tingkat 2


Kuruih aku ari² manjat tangga ni


Bilik brader di tingkat 2


Dapat workstation baru.. yahoooo

Bilik  training


Mussolah


Yang ni plak bilik air di floor brader. Best.. takyah nak share