Friday, July 4, 2008

BUAT SASPEN JER!

Brader baru balik dari menghadiri mesyuarat dan melawat outlet di Hospital Sultan Ismail (HSI), JB.

Dekat² nak abis mesyuarat tu, puan pengerusi mintak supaya brader sampaikan kepada management brader permohonan untuk mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil sekali lagi di dapur utama HSI ni. Selepas kami menang tender lepas, sebelum memasukki secara rasmi, kami telah pun buat bacaan yassin dan tahlil sekali di dapur. Pelik gak ngapa tak sampai dua bulan beroperasi puan pengerusi mohon supaya kami buat bacaan yassin sekali lagi.

Sikap ingin tahu brader membuatkan brader terus menerus mengupas permintaan yang bagi brader begitu aneh. Akhirnya terungkai jugak persoalan yang terpendam di dalam sanubari brader.

Rupa²nya hospital ini kuat penunggunya. Seorang steward (bukan macam flight steward tu. steward di sini merujuk kepada kakitangan dapur yang kerjanya mencuci dan membasuh pinggan mangkuk dan lain² kerja pencucian di dapur utama) yang kami gaji seperti biasa telah membuat 'closing' dapur selepas trolley, tray dan pinggan mangkuk turun dari wad selepas makan malam. Lebih kurang dalam kol 10 lebih la. Tetiba je, Farid, dak steward ni, terasa nak pergi kencing. Maka selepas menutup pintu² utama dan menutup suis lampu dapur, dia pun bagitau kat kawan dia yang dia nak masuk toilet nak buang air. Kawan dia ni pun tunggu lah di luar kawasan dapur.

Masuk je toilet lelaki, pintu² locker tempat budak² lelaki simpan helmet, beg dan sebagainya tetiba terhempas terbuka. Macam ada angin yang tolak pintu² locker yang berkunci tu. Mamat ni pun dah mula saspen, tapi masa tu tak ingat apa lagi. Dia pun masuklah cubicle nak buat kerja dia. Belum sempat bukak zip, dia terbau benda yang teramatlah busuk sampai membuatkan dia mual dan meludah² persis nak muntah ke dalam mangkuk tandas. Pastu dia terasa berangin di belakang tengkuk dia.

Toleh² je dia nampak kelibat hamba Allah yang begitu besar dan hitam dengan rambut lembut bak sutera mengurai² (part ni klise sangat) sambil memandang bengis ke arah dia. Terhambur pelbagai jenis doa dan serapah dari mulut dak Farid ni. Katanya, lemah segala saraf dan lutut dia pada masa tu, dan dia tak perasan berapa lama dia tercegat terketar² memerhati hamba Allah tu merenung dia dengan renungan makrifat yang tajam menikam kalbu. Dia cakap dia sedar balik bila Ejoy, kawan dia di luar dapur masuk ke dalam toilet mencari dak Farid ni sebab lama sangat menunggu dia.

Farid lepas tu EL 2 hari sebab terpaksa memulihkan semangatnya yang dah hilang terbang ntah ke mana (yalah. kenelah EL. mana tok moh ada chit MC kan?).

Lepas tu mulalah satu persatu kejadian misteri diceritakan oleh pegawai² HSI kepada brader. Ada sorang dietitian ni habaq, satu hari tu dia terpaksa bekerja sampai kol 7 mlm lebih, dan dari kelibat anak matanya dia nampak salah seorang Catering Officer (CO) di sana tengah duduk buat kerja di tempat dia. Bila dietetian ni angkat kepala, takde orang pun di tempat CO tu. Lain dari tu, di toilet lelaki selalu kedengaran toilet di flush. Tapi bila diperiksa, takde orang dalam toilet. Shower terbuka sendiri tu biasa jugak berlaku. Tapi yang bestnya, kekadang makanan yang telah siap di simpan di dalam tray boleh hilang selama 2-3 hari. Selalu gak caterer sebelum ni bertelingkah dengan Jabatan Dietetik & Sajian, HSI berkenaan perkara ni. Tray makanan itu akan dijumpai di sebuah tempat yang berlainan dari tempat asal, dan selalunya makanan tersebut tidak akan diusik. Patutlah masa brader mula² dtg ke HSI ni, selalu gak brader dengar bacaan ayat² suci al-quran berkumandang menerusi PA system hospital.

Teringat brader cerita salah seorang tukang masak yang bertugas di Hospital Selayang pulak. Depa ni terpaksa masuk kerja dalam kol 4-4.30 pagi untuk masak bekfes bagi pesakit². Dia pernah cerita ada satu hari tu, tengah² bukak walk-in chiller nak ambil ayam untuk dimasak, dia nampak satu lembaga berpakaian putih tengah mencangkung dan meratah ayam mentah. Katanya, nasib baik 'bende' tu membelakangi dia. Cepat² dia tutup pintu chiller. Kemudiannya dia ajak seorang lagi tukang masak untuk temani dia masuk chiller. Nasib baik 'bende' tu dah takde. Dah kenyang dah gamaknya, tu yang dia blah tu. Cerita kanak² bermata 'bercahaya' main sorok² dengan staf di antara peralatan² yang ada di dalam dapur tu dah biasa brader dengar.


Menakutkan, kan? Buat saspen je. Kalau korang perasan, bilik mayat hospital kerajaan selalunya bersebelahan dengan dapur utama. Lain kali untuk projek 'turn-key' hospital kerajaan ni, mintaklah supaya bilik mayat dia dibuat secara 'stand-alone'.

Brader pasti banyak lagi hospital² lama yang 'berpenunggu' seperti HSI (yang ni hospital baru sebenarnya, tapi mungkin tanah yang didudukinya berpenunggu). Teringat brader kepada cerita² tentang Hospital Lady Templar (di belakang velodrome Bandar Tun Razak), PPUM, HKL dan lain². Persoalannya, adakah kita sebagai hamba yang kerdil di sisiNya harus takut dengan permainan makhlukNya yang nakal? Atau kita harus menerima kehadirannya dan berkongsi kehidupan seharian dengannya sebagai salah seorang makhluk ciptaan Allah swt. Ini semua terpulang kepada persepsi dan penerimaan korang secara individu.

Yang pastinya, jangan biarkan kehidupan korang dibelenggu oleh M-I-S-T-E-R-I.

4 comments:

MOLY said...

aduhaiii .. brader nih
ngeri ok baca ..
takut !!!!

shahril aley said...

wahh siyess
belum alami lagi
tapi mintak2 la simpang malaikat 44
nasib baik tak keja kat hospital
kalau tak mau tender resignation notis 24 jam

NN said...

erksss..
ngeri..

dah dekat tuh ngan JB..
apesel xkabo kat sini..

BraderBoroi said...

lily: haruskan, takut? masa brader dgr crite tu, nak masuk toilet dia pun ajak kwn. mcm bebudak perangai.

aley: hailor, siyess. tulah. nasib baik brader kojo di hq. tapi skali skala kene gak buat lawatan ke spital outlet kami. tp so far xde bende yg seram berlaku.

nikli: maaflar, bro. tapi aritu brader dtg jb mcm pasukan UTK (unit tindakan khas). lepas tembak org, terus choww. brader pun sama. lepas meeting, terus chalo. lain kali, ek?