Thursday, February 5, 2009

BERDEBAR PENUH ANTISIPASI

Haru biru lar ni dengan politik dan ekonomi negara.


Baik buat bodoh dan layan movies. Ada beberapa movies yang akan ditayangkan tak lama lagi yang sememangnya brader tunggu²kan kemunculannya. Macam filem Harry Potter baru tu. Pastuh ada crite Dan Brown "Angels & Demons" yang dilakonkan oleh Tom Hanks. Ada cerita Watchmen. Ada crite Wolverine. Huiiii. Pastinya hari² brader akan sentiasa dipenuhi dengan debaran menanti kemunculan filem² Hollywood ini.

Tapi antara banyak² filem yang akan ditayangkan nanti, ada 2 filem yang menjadi peberet brader. Tengok di bawah ini:-



Transformers Revenge of The Fallen

Satu lagi filem yang brader tunggu²kan ialah:-


G.I. Joe

Sejak kecik lagi brader amat meminati kartun ni. Kalau kebanyakkan kawan² sebaya brader di sekolah nak jadi salah sorang dari anggota G.I. Joe, brader plak minat nak jadik nemesis kepada hero iaitu Cobra. Kuikuikui .... gamaknya jadik crook ni lagi best kut?

Apa² pun, kosongkan fikiran anda dari sebarang permasalahan yang melanda dan bersedia untuk melangkah ke alam fantasi selama satu hingga dua jam melalui kehebatan CGI di layar perak yang akan bakal menggegarkan panggung² kita dalam masa terdekat ini.

1 comments:

Amirul Rezza said...

Hi if you're free, please visit my new His Ministry, by Amirul Rezza. And what's special is, no government tax applied! :)