Showing posts with label ngomel. Show all posts
Showing posts with label ngomel. Show all posts

Tuesday, January 13, 2009

KATAKAN TAK NAK .... !

"Bro. Bagi la gua tip cemana nak berenti merokok."


Semalam Irwan merengek kat brader. Sambil batuk² manja menunjukkan dia tak sihat.

Sebenarnya brader pun dulunya penagih nikotin yang tegar. Ada orang isap rokok sehari 3 kotak. Ada yang lebih. Ada yang hanya 1 kotak je. Tapi apa pun, perokok tegar tetap perokok tegar. Samada sekotak, atau 10 kotak.

"Gua takde tip le, bro. Yang penting lu kene bulatkan tekad. Psycho otak sendiri. Gua nak berhenti. Gua nak berhenti. Gua nak berhenti. Pastu berhentilah." Brader kongsi pengalaman.

"Tapi susah la, bro," dengus Irwan. "Takde bende ni.." Irwan menayangkan sepuntung rokok Marlboro light yang bernyala marak di celah jari telunjuk dan jari hantunya, ".. gua tak boleh idup, beb. Gua tak bley port (terjemah: chill, kut)."

Betul gak. Orang yang tak pernah merokok memang senang je molot mereka suruh perokok berhenti merokok. Kata² sinis dan kekadang sadis memang menyakitkan hati. Sampai ke peringkat kalau boleh kita cekik non-smoker tu, haiiii... memang dah banyak dah kes homisid pasal bende ni.

Tapi nasib baiklah Bolehland ni ada gak undang² dan peraturan yang harus diikut. Namun dari pengalaman brader yang telah berhenti merokok lebih dari 4 tahun ni, kalau nak berhenti merokok, terus jer berhenti. Tak perlu nak berhenti gradually. Tak payah dari 2 kotak sehari ke 1 kotak. Dari 1 kotak ke 10 batang sehari. And so on and so forth. 

Hari brader decide nak berhenti merokok, terus brader berhenti. Sampai la ke lar. Insyallah masih boleh bertahan lagi walau pun ramai setan² kecik yang menghasut brader isap satu batang atau sedut satu paf. Setakat ni alhamdullilah brader boleh tangkis. Brader berdoa agar brader boleh tangkis sampai akhir hayat. Brader pun manusia gak. Banyak kelemahan. Ya Allah ya TuhanKu. Kau selamatkanlah hambaMu ini dari sebarang hasutan untuk menghisap rokok; bulatkanlah tekad hambaMu yang lemah ini agar dapat terus menghindari dan menolak godaan² untuk menghisap rokok. Hanya kepadaMu lah hambaMu meminta pertolongan dan kekuatan. Amin ya rabbalalamin.

So apakah moral of the story? Kepada kenkwn ku yang jatuh dalam kategori perokok tegar. Kalau nak berhenti tu, buat macam iklan Nike dan just do it! 

Kepada kenkwn non-smoker yang suka sangat bagi nasihat kepada smoker untuk berhenti dari tabiat buruk ini, renti kanlah kerja sia² itu. Perokok tegar akan sentiasa banyak alasan di dalam kamusnya untuk terus merokok. Kita hanya boleh bagi galakan dan dorongan untuk orang yang ada kesedaran NAK berhenti sahaja. Percayalah cakap brader ni.

Dan apakah implikasinya kepada brader bila berhenti merokok secara mendadak? Terus berat badan naik dan perut menjadi bulat seperti bola. Mengalahkan perempuan mengandung 7 bulan. Tapi takpe. Semalam ada orang habaq perut brader seksi. Hiks. Suka suka suka ... (tepuk tangan)

Wednesday, December 24, 2008

Posting Yang Melankolia

Wah. Dah bersawang blog brader ni. Jadik macam rumah tinggal plak.


Kata ustaz, kalau rumah lama ditinggalkan tak berpenghuni, maka segala jenis jin akan membuatkan rumah tu tempat tinggal mereka. Tapi brader tak tanya plak berapa lama yang 'lama' tu.

Kalau blog dah lama terbiar bersawang ni pun ada jin yang hinggap ke?

Pagi tadi, masa brader tengah drive nak pergi keje, brader pasang CD carca-marba yang telah dicetaklanunkan dari Limewire untuk pendengaran halwa telinga sendiri. Sampai je ke lagu Dato' Siti Nurhaliza yang berduet dengan sifu M. Nasir, iaitu lagu runut dari cerita Puteri Gunung Ledang (PGL) tu, untuk kesekian kalinya brader terkedu mendengarkan keindahan senikata dan bait-bait dari lagu tersebut. Senikata arwah Loloq memang hebat. Lagu & muzik ciptaan sifu memang kelas. Kelunakan gabungan suara Dato' Siti dan sifu memang ngam.

Itu yang buat brader mengimbau kembali kenangan menengok wayang cerita PGL tu dulu. 1st time brader nampak warga bukan Melayu tengok wayang cerita Melayu. Cerita PGL ini lah. Bukan sorang dua. Berderet-deret barisan kerusi, worr. Skrip yang ditulis oleh bro Mamat Khalid memang syahdu dan tangkap lentok. Siapa kata bahasa Melayu tak boleh digunakan sebagai bahasa romantis, beb? Ingat bahase Perancis, Itali atau Inggeris saja ke yang boleh? Kalau tak percaya, tengok balik DVD atau VCD cerita PGL tu dan hayati pertuturan terutamanya antara antagonis dan protagonis yang sedang hangat bercinta. Khusyuk, wa cakap lu...

Hmmm. Dah nak sampai ke penghujung tahun 2008 ni, tetiba plak brader jadik melankolik. Apa-apalah, labu..

Friday, August 15, 2008

ANAK BUAH YANG BERTUAH

Hari Rabu lepas, masa brader singgah kat rumah kakak brader di Danau Kota, Gombak, brader kuis bahu kakak brader.


"Kak Wok," kata brader. "Ko tengok anak dara ko tu. Cakap dalam telefon macam ada perkara serius je."

Brader juihkan mulut brader ke arah anak kakak brader yang ketiga, Munirah, yang baru berusia 6 tahun. Cik Murni, gelaran yang memang kami panggil dia sejak dia mula pandai berbicara (masa umur dia 7 bulan lebih dia dah ucapkan perkataan pertama dia - bingit!), bukan calang² budak perempuan. Setiap perkataan yang ditutur dan perbuatan yang dibuat adalah serius dan bersungguh-sungguh. Dan mulutnya! Masyallah! Melebihi bertih jagung. Busuknya mengalahkan longkang besar DBKL selepas hujan lebat! Lasernya boleh mengalahkan Akak Ogy kita. Sungguh. Brader tak tipu ni. Dan jangan lupa ye umur dia baru 6 tahun. 6 tahun! Baru pra-sekolah. Tahun depan baru nak melangkah ke sekolah rendah dalam tahun 1.

Sebelum brader teruskan dengan 'kejadian' Rabu lepas, izinkan brader kupaskan skit perangai Cik Murni ni. Dia ni tak takut sesiapa langsung. Kata dia, dia hanya takut Allah. Itu yang keluar dari mulut dia sendiri. Brader pernah tanya dia: "Cik Murni tak takut ayah?" Dia jawap dengan selamba: "Ayah bukan Tuhan. Buat apa nak takut ayah." Lepas tu brader tanya dia lagi: "Abis, Cik Murni tak takut ibu?" Dia jawap dengan serius: "Ibu sayang kita. Kita pun sayang ibu. Anak beranak buat apa nak takut antara satu sama lain?"

Anyway, dia tak takut langsung dengan sesiapa. Ada sekali tu, kakak brader bagitau yang masa pilihanraya lepas masa dia ikut ibu dan ayahnya pergi membuang undi di tempat pembuangan undi, adalah juak² parti itu dan ini memujuk ibu dan ayahnya memangkah parti mereka. Lepas jer sorang mamat dari parti *tutt* ni bersuara, Cik Murni dengan selamba bagitau mamat tu: "Parti awak tu pembohong. Suka tindas orang. Hanya Allah akan balas kejahatan parti awak tu." Mamat tu tergamam tak dapat nak cakap apa. Rupa²nya perbincangan hangat antara brader dan ayah Cik Murni tentang politik telah sedikit sebanyak melekat pada otaknya. Itulah ayat yang digunakan oleh ayahnya masa berbicara dengan brader dulu. Betul. Brader tak bohong. Ini yang disampaikan oleh Kak Wok kat brader. Bohong Kak Wok, bohonglah brader.

Lepas tu adalah sekali brader ikut pergi kenduri kawin adik ipar Kak Wok di Pontian tahun lepas. Biasalah kenduri kendara di kampung, belah malam tu ada joget lambak. Seperti biasa, bila joget lambak, orang² tua dan dewasa mula²nya macam malu² nak bukak pentas. Jadi seperti biasa, mc akan jemput budak² menari dulu. Cik Murni ni dengan kepetahan dan 'keramahan' dia begitu senang mendapat kawan di kampung. Adalah seorang 'kawan' dia ni nama Anis, yang 2 tahun lebih tua dari Cik Murni, naik ke pentas menari dengan kawan² kampungnya. Masa tu brader tengok muka Cik Murni dah berubah, dan jadi macam tak keruan. Brader tanya dia mengapa. Dia cakap tetiba dia terasa macam nak naik pentas menari bersama 'kawan' dia. Brader cakap pergilah menari. Dia balas, kalau pergi naik pentas sendiri dia segan. Kalau Pakcu teman dia berani. Brader ni dengan lurus bendulnya kata kalau nak pakcu hantar ke pentas ok jer, dan dia terus tarik tangan brader. Dah hantar dia ke tengah pentas, mc pulak buat announcement yang brader adalah orang dewasa pertama yang naik ke atas pentas untuk menari. Jadik, dia mintak brader joget dan pada masa yang sama menjemput orang² dewasa yang lain naik ke pentas. Ya Allah! Dahlah brader tak reti menari. Serba salah brader dibuatnya. Malu jangan nak cakaplah. Mahu tak mahu, brader goyangkan jugaklah pinggul brader yang memang keras kematu ni ala² Jakpa Onn. Habis gamat satu kampung ketawa dengan gelagat brader. Terkena brader! Sebab apa? Sebab anak buah bertuah brader yang sorang ni! Lepas tu bila abang ipar brader ajak brader balik ke kampung dia, brader selalu bagi alasan yang tak logik.

Berbalik kepada cerita Rabu lepas. Kak Wok pun cakap kat brader nanti dia akan korek rahsia Cik Murni ni. Jadi kami pun tunggulah sehingga budak tu abis bercakap telefon. Lepas jer dia letak telefon, ibu dia tanya dengan selamba, seolah² tak ambil pot.

"Cik Murni cakap telefon dengan sapa?"
Cik Murni mengeluh. Seolah² ada beban berat yang digalasnya.
"Cik Murni cakap dengan kawan ke?" brader pulak yang tanya.
Dia mengeluh lagi. Dan mengangguk kepala. "Dengan Fatin (best fren dia di kelas pra-sekolah)."
Ibu dia mula main jarum. "Ibu tengok Cik Murni macam ada masalah je? Cerita lah kat ibu."

Puaslah kami memujuk dia ceritakan masalahnya. Masih jugak dia tetap menyimpan rahsia dan beban yang dipikulnya itu sendirian. Sehinggalah lepas makan malam.

Tetiba je dia tarik tangan ibu dia. "Ibu, kita ada bende nak bagitau kat ibu. Tapi ibu kene janji ye ini rahsia kita. Ayah pun jangan bagitau ye."

"Pakcu boleh dengar?" kata brader. Dia menjeling kat brader dengan jelingan yang boleh membelah manusia. Itulah jawapannya kepada soalan brader tadi.

Kemudian dia tarik tangan ibunya menuju ke dapur. Brader pun perlahan² duduk di kerusi di sebalik dinding dapur sambil memasang telinga. Brader tau, apa² yang akan diceritakan oleh Cik Murni kepada ibunya pasti sesuatu yang paling kelakar di dalam keseriusannya. And I'm not going to miss it for anything in the world.

"Kat sekolah kita ada boyfren. Nama dia Azri. Fatin cakap dia suka kita, sebab kita suka senyum kat dia. Dia pun suka senyum kat kita. Kita suka dia, dan dia pun suka kita. Tapi tadi Fatin bagitau yang Azri dah cakap 'I love you' kat Arisya Syamira (anak salah seorang cikgu pra-sekolah Cik Murni yang sebaya dengan dia). Jadi sekarang kita tak suka dah kat Azri sebab dia tak jujur."

Brader nyaris² pecah perut di sebalik dinding dapur tu. Tapi brader tahan jugak sebab takut nanti Cik Murni mengamuk atau merajuk dengan brader. Lorrr. Rupa²nya kecik² dah ader cinta monyet. Masyallah. Budak² zaman sekarang ni.

Bila abang ipar brader balik, brader ajak dia pegi makan roti canai kat luar. Dan kemudian brader cerita kat dia apa yang brader dengar. Kami bantai ketawa sampai keluar² air mata di kedai mamak dekat Danau Kota tu.

Cik Murni, Cik Murni. Cemanalah ko besar sok. Jenuh ayah dan abang² ko jaga ko nanti. Hehehehe.