Showing posts with label domam bola. Show all posts
Showing posts with label domam bola. Show all posts

Thursday, January 22, 2009

BUAT SASPEN JER

Nasib. Sungguh bernasib baik.

Setelah ketinggalan 3 - 0 di tangan kelab dari Divisyen Satu, Burnley selepas masa penuh permainan, kelab brader telah berjaya menerobos gawang pasukan lawan dengan dua gol jaringan Roman Pavlyuchenko (gambar bawah) dan Jermaine Defoe untuk menjadikan keputusan akhir 3 - 2. Tetapi jika dikira dengan agregat maka pasukan brader telah menang dengan jaringan 6 - 4 (perlawanan pertama kami menang 4 -1).


Cak... yeyyyy...

Apa yang menyebabkan brader bersuara tentang nasib yang benar² menyebelahi tim brader ialah sekiranya jaringan masih kekal 3 - 0 selepas masa tambahan, maka Burnley akan diberikan kemenangan berdasarkan kepada jaringan di tempat lawan (away goal) dan ini akan membawa pasukan cili api ini ke final Piala Carling yang akan diadakan pada 1 Mac 2009 di Stadium Wembley, London. Dalam menempuh onak dan ranjau ke perlawanan separuh akhir ini, Burnley telah berjaya menewaskan gergasi BPL yang ternama seperti Chelsea dan Fulham. Dan mereka masih boleh mendabik dada walau pun tewas 'sipi' di perlawanan separuh akhir kedua ini.

Namun disebabkan oleh 'nasib' memang menyebelahi tim brader  maka ianya membolehkan pasukan ini berdepan dengan lawannya Manchester United di final nanti. Hmmmmm. Memang janggal nanti tengok Berbatov menyarung jersi merah dan cuba merobek benteng pertahanan kawan² sepasukannya dahulu. Tapi apa nak kata, itulah bola. Sebenarnya bola ni sama seperti politik gak. Tak semestinya kawan dan musuh itu berkekalan sampai bila². Hari ini boleh bermain sebagai kawan di dalam satu pasukan. Esoknya plak jadi 'musuh' berlawanan.

Ironinya, tim brader ini juga akan berdepan dengan Manchester United hari Sabtu (24 Jan) ni di Old Trafford untuk cubaan memarakan diri ke perlawanan pusingan ke 5 Piala FA. Ni yang bertambah² saspen ni. Apatah lagi dengan form dan mood mendominasi Red Devils masa ni. Ditambah pula dengan kebuntuan prestasi dan kecederaan pemain di dalam tim brader. Huhhh...

Ini yang akan membuatkan malam² brader berkeceramuk dengan anxiety dan acidity (dalam perut sebab stress).

Tapi yang pastinya pagi ni brader NGANTUUUUUKKKKKK ..... Nak amik MC bley? huhuhuhu...

Saturday, June 28, 2008

FINAL EURO 2008

Yesss.

Seperti yang brader predict di dalam posting yang lepas, top 2 team dari 4 pasukan yang brader sokong telah masuk final Euro 2008 dan akan menjadi juara.

Team yang tak masuk list brader tapi begitu menyerlah di peringkat awal seperti Belanda, Portugal dan Russia adalah hanya 'pretenders' sahaja. Try again next time.

Kalau nak diikutkan di atas kertas, pasukan Sepanyol yang mempamerkan permainan yang kemas, passing game yang berkualiti dan mempunyai 2 pemain muda yang paling menyerlah seperti David Silva dan Cesc Fabregas akan menjuarai Euro 2008 ni. Tapi satu je masalah team Sepanyol ni dari dulu lagi ialah inconsistency dan semangat nak menang mereka tu begitu rapuh.

Pasukan Germany pulak berhempas pulas nak menundukkan sebuah pasukan Turkey yang bergitu bersemangat dan mengawal perlawanan dengan baik sekali. Boleh lah brader katakan di sini bahawa Germany sebenarnya bernasib baik memenangi perlawanan separuh akhir tempoh hari. Turkey pulak amat bernasib malang apabila hampir separuh dari pasukannya tidak turun padang disebabkan oleh penggantungan atau kecederaan.

Tapi permainan bola itu tidak pernah dimenangi di atas kertas. Permainan bola ni ada magis nya yang tersendiri. Elemen nasib memainkan peranan yang begitu penting di dalam sesuatu perlawanan. Dan seperti yang Hasbullah Awang selalu kata: Bola itu bulat. Apa2 sahaja boleh berlaku dari minit ke minit perlawanan berlangsung.

Apa2 pun, brader akan keep neutral untuk perlawanan akhir ini dan brader akan enjoy the game as it progresses. Sedih jugak nak tunggu the next Euro 2012. Tapi lepas ni ada Olimpik Games. Dan seterusnya qualifiying rounds for the World Cup 2010. Then the World Cup itself.

Enjoy the most beautiful game in the world.

Wednesday, June 11, 2008

1 HARI YO LAIE

Tinggal esok yo laie brader nak bertolak poie ke Milan, Itali.

My flight schedule

Busan sunggoh bilo time² gini kono pulak bertugas obersea. Kezombiean brader dek sobab tak cukop tido bogitu menganggu preparation brader kali ni. Baju tak pek laie. Beg lom punggah laie dari loteng. Jaket & baju sojuk lom amik lagi dari dry-cleaner. Duit lom tukar laie. Torkojuik gak brader pagi tadi bilo nengok forex di Maybank yang €1 sekarang ialah bersamaan RM 5.18. Mak aiii. Mahal nyo duit orang.

Nampak gayo eh kepado kawan² brader yang kim memacam jonis barang i.e. jersi AC & Inter Milan, blue cheese (???), handbag, skaf, topi dan bagai konolah wait forever yo. Hehehehehe.. (tetibo raso kodokuik plak).

Tapi ado gak best eh trip kali ni. Selain monengok negori orang, dapek juo tengok Euro 2008 pado maso siang (potang di sano). Tak payah bersongkang mato sampai duo - tigo pagi. Sorri yo Axim. Huhuhu.

Nanti brader amik banyak gambar dan post sini yo? Kalau sompek, brader post awal. Kalau bz sangat, bilo brader balik sini lah nanti den post. Ciao cin cau!

Monday, June 9, 2008

ARRIVEDERCHI...

Pagi tadi maso brader isi minyak keto, terkojuik jugak dongan kenaikan mendadak kos yang perlu dibayar. Walau pun pada hakikatnya umum mengetahui bahawo hargo minyak petrol naik sampai 0.78 sen seliter, tapi realitinyo begitu porit nak ditolan. Bayangkan, dulu brader isi minyak dari half tank nak ke ponoh, kono bayar dalam lingkungan RM 30 - 40 yo. Sekarang ni dalam RM 60 - 70. Separuh kos tambahan yang porlu dibayar dari dulu. Tak poning kepalo dibuek eh? Tak semono-mono, domino effect dah pun bermulo. Makanan dah mulo mahal. Tarif elektrik dah naik. Gas di rumah pun naik horgo. Haiii... Gaji yo yang tak naik laie. Lain la org tu .. naik gaji sampai 6% menogak yo.

Pagi ni boss kompem yang brader kono poie ke Milan, Itali untuk bertugas. Brader akan poie pado 12 Jun dan balik pado 18 Jun. Doakan lah brader ok di sano. Banyak bondo kono buek ni. Paspot brader yang dah mati bulan Februari lopeh kono idupkan balik. Kono shopping sikit nak boli baju sojuk lite². Walau pun kek sano mengalami musim summer sekarang, tapi panas dorang pun dalam 12-18c. Itu SOJUK la bagi brader! Walau pun lomak banyak bertompok pado porot brader, namun brader raso tak mungkin jumlah lomak tersobut dapek memanehkan badan brader. Lobih² lagi time malam.

Hmm. Malam ni kono berjago laie nak tengok bola. France main tu. Viva le France!

Sunday, June 8, 2008

DI SORANG DOMAM YANG TERAMAT

Dokek nak potang tadi baru brader bangkit dari tido.

Teraso macam Zombie dari Kampung Pisang plak arini. Mungkin perasaan sebegini akan berlarutan dalam tempoh sepanjang bulan Jun ni.

Ni Zombi kampung mano pulak ni?

Sobab utamo mengapo brader raso macam ni ialah kerano disorang oleh domam Euro 2008. Semalam yo sampai duo game brader tengok 'back to back'. Pertamo nyo, opening match antaro Switzerland vs Republic Czech dan game keduo pulak antaro Portugal vs Turki. Dan kato otai-otai kaki bola, nak tengok game bola ni tak seronok nengok kek umah. Tengok bola sengsorang ibarat melakukan seks secara bersendiri. Ooops.

Nengok bola ni kono ado geng eh. Dan kemano laie tujuan brader bilo nak nengok bola live dalam tv kalau tak ke Shah Alam lepak kodai mamak di Sect. 13. Walau pun brader sendirian, tapi tak keseorangan. Yang ni pulak ibarat seks orgy. Melompek, berpolok, menjorit macam kono rasuk setan dengan orang yang tak dikonali. Itu lah syiok nyo tengok bola secaro berjamaah. Berbagai jonis manusio yang ado sano. Ado yang longkap berjersi pasukan yang disokong. Ado yang berconteng muko ikut kaler rasmi pasukan peberet. Ado yang bawak sepanduk dan bunyi-bunyian macam kek stadium tu ah!

Sorry yo... team England tak layak masuk Euro 2008. Padan muko...

Tahun ni brader sokong 4 pasukan yang bagi brader memang underachiever dan best. Mengikut firasat brader, antaro satu team yang brader sobot di bawah ni akan menjadi juaro. Pasukan-pasukannya mengikut urutan sokongan yang paling kuek adolah:-

1. German - masuk FINAL!
2. Spain - masuk FINAL!
3. France OUT 1ST ROUND!
4. Croatia OUT QUARTER-FINALS


Sejauh mano tilikan brader kito tengok lah ujung bulan ni. Oklah. Brader nak poie melantak dan buek apo bondo yang patut. Malam kang nak tengok bola laie.

Nampak gayo eh bulan ni bulan punchcard brader akan sentiasa merah, dan bulan tersonggok atas kerusi. Sorry ya, boss. Brader bagitau awal-awal ni.

Hehehe..