Saturday, June 28, 2008

FINAL EURO 2008

Yesss.

Seperti yang brader predict di dalam posting yang lepas, top 2 team dari 4 pasukan yang brader sokong telah masuk final Euro 2008 dan akan menjadi juara.

Team yang tak masuk list brader tapi begitu menyerlah di peringkat awal seperti Belanda, Portugal dan Russia adalah hanya 'pretenders' sahaja. Try again next time.

Kalau nak diikutkan di atas kertas, pasukan Sepanyol yang mempamerkan permainan yang kemas, passing game yang berkualiti dan mempunyai 2 pemain muda yang paling menyerlah seperti David Silva dan Cesc Fabregas akan menjuarai Euro 2008 ni. Tapi satu je masalah team Sepanyol ni dari dulu lagi ialah inconsistency dan semangat nak menang mereka tu begitu rapuh.

Pasukan Germany pulak berhempas pulas nak menundukkan sebuah pasukan Turkey yang bergitu bersemangat dan mengawal perlawanan dengan baik sekali. Boleh lah brader katakan di sini bahawa Germany sebenarnya bernasib baik memenangi perlawanan separuh akhir tempoh hari. Turkey pulak amat bernasib malang apabila hampir separuh dari pasukannya tidak turun padang disebabkan oleh penggantungan atau kecederaan.

Tapi permainan bola itu tidak pernah dimenangi di atas kertas. Permainan bola ni ada magis nya yang tersendiri. Elemen nasib memainkan peranan yang begitu penting di dalam sesuatu perlawanan. Dan seperti yang Hasbullah Awang selalu kata: Bola itu bulat. Apa2 sahaja boleh berlaku dari minit ke minit perlawanan berlangsung.

Apa2 pun, brader akan keep neutral untuk perlawanan akhir ini dan brader akan enjoy the game as it progresses. Sedih jugak nak tunggu the next Euro 2012. Tapi lepas ni ada Olimpik Games. Dan seterusnya qualifiying rounds for the World Cup 2010. Then the World Cup itself.

Enjoy the most beautiful game in the world.

4 comments:

MOLY said...

brader kat sana x dpt tgk kee nanti final ??

BraderBoroi said...

lily: brader dah balik KL ler. huhuhu..

Faisal Admar said...

zzz portugal pretender? tengok je la nanti jerman sapu spain jugak okek :P

style permainan spain main yg kekuatan terletak di bhg tgh sebijik sama macam portugal okek. selain overlapping yg dibuat oleh sergio ramos sama je macam yg dibuat oleh pepe. cuma beza spain dgn portugal kekuatan spain di bhg gol mmg cemerlang oleh casillas. tapi saya yakin jerman akan membawa pulang euro cup.

tengok je nanti spain akan main tactic yg sama cross di depan gol di mana jerman punyai kelebihan. nak break tengah walaupun jerman def rapuh... bila lepas jerman score sure berkampung style chelsea main... haha!

good luck :P

BraderBoroi said...

faisal: spain da champz!