Tuesday, June 3, 2008

NAMA MELAYU KLASIK ver00.1

Brader nak gebang satu bondo arini.

Semalam, adalah brader pogi kenduri nikah sorang sedaro belah arwah ayah brader. Nak dibuatkan cerito, punyalah ramai sedaro maro brader yang dah lamo bebonar tak jumpo ado samo dalam kenduri tu. Bilo dah berkumpul ramai-ramai ni, memasing bergebang bagai nak pocah gegondang telingo. Macam sayembara pun ado. Kepelbagaian jenis topik yang dilontarkan. Dari politik, gosip, AF (ado sorang makcik yang dok kampung ni mintak brader kim salam kat Riz… alahai, dia hengat brader ni PR Maestro ko leh bertopok tampar ari-ari dengan artis?), agamo, sukan, dunio sehinggo sampailah ke bab anak-anak. Memanglah brader ni tak beranak. Porot brader ni kalau 30-40 tahun laie pun tak tontu boleh mengeluarkan anak. Sebabnyo fitrah brader iolah jantan (aiyoo.. jantan ke nok?). Tapi itu tidak menghindar brader dari turut serta dalam perbahasan. Malahan, ianyo membuatkan brader berfikir secara lobih ilmiah. Tapi masih ilam-ilam dalam torang. Hehehe.

Ado satu bondo yang telah membuatkan brader terpanar seketiko, terutamonya dengan mak ayah zaman moden ni. Namo anak-anak sekarang begitu bombastik dan fantastik. Maso awal milenium dulu, brader ingat lagi namo anak lelaki yang paling popular ialah Haikal. Ado yang ejaannya Haiqal. Hekal. Hycarl. Nasib baik bukan basikal. Atau Sheqal (orang yang pernah melalui era zaman 80an sahaja yang paham kut). Namo anak-anak yang panjang dan luar dari norma adalah the in-thing. Tak seperti masa zaman brader lahir dulu. Ummi brader panggil brader mat. Singkatan namo sebonar brader. Abang brader dio panggil bujang. Kakak brader dio panggil wok. Kakak brader yang sorang lagi dio panggil cupek (sebutannya sebenar ialah chu-pee-yiak). Pakcik brader (adik ummi brader) dio panggil buyong. Polik tol orang minang ni kan? Namo yang sodap-sodap termaktub pado surat beranak dan ic terus diperlekehkan. Maka melokatlah namo panggilan brader sebagai mat di kampung dan di kalangan sedaro maro.

Maso brader membosar zaman 70an dulu, tv masih lagi hitam putih. Adalah satu rancangan peberet brader maso sedang membesar dulu. Namo rancangannya ialahUltraman. Mosti adik-adik sekarang pun konal siapokah hamba Allah ini. Rupo-ruponyo sotolah dikaji dan ditilik, Ultraman ni lagi tuo usionyo dari brader. Kertu lah tu. Ultraman plak pado fitrahnyo iolah seorang manusio. Seorang lelaki jopun lah tu. Lelaki jopun tu plak bekorjo dengan sebuah organisasi yang tugasnyo ialah untuk memantau perkembangan raksakso di bumi jopun. Apo jonis raksakso dan hidupan yang sewaktu dengannyo akan cubo dimusnahkan. Namo akronim organisasi dio ialah MAT. Nama panjang dio brader tak hengat lar plak. Tapi disobabkan oleh MAT tu lah brader berupayo mendabik dado dan berhidung tinggi di kalangan kawan-kawan dan sedaro maro sebayo dengan brader di kampung. Disebabkan nama panggilan brader ialah mat, mako secara otomatisnya brader perasan diri sebagai anggota kumpulan MAT. Selalu juo brader akan bagitau kepado sesiapo yang larat melayan kebongkakan brader masa tu bahawa brader ialah anggota MAT. Dan sekali sekalo, brader jugak perasan bahawa brader ialah jelmaan Ultraman itu. Budak-budak, kan? No matter what era you are born, kids will always think of the darndest thing!

Yang ado lampu kek tongah dado tu kononnyo brader lah tu

Tapi bukan itu yang brader nak crito. Bukan itu yang brader nak gebang. Brader nak bagitau lah kan, sekironya brader ada anak, maka brader nak namokan anak / anak-anak brader dengan namo melayu klasik. Just one word. Bukan macam sekarang. Sampai ponoh namo anak dalam surat beranak. Itu tak masuk bin atau binti ayahnya lagi. Contoh yang terdokat ialah sepupu brader. Namo anaknya ialah Siti Isfahayana Khamishah Syuhada bte Kassim. WTF is that? Anaknyo dipanggil Yana sajo. Satu lagi namo anak kawan sepejabat brader. Muhammad Adam Assyafiq Haikal bin Yunus. Panggilannyo Adam sajo. Kalau dia bernasib baik, maka mak ayahnyo akan panggil dia mat. Short for Muhammad. Jadi bila anak kawan brader ni sedang menerobos zaman remajanyo, maka dia akan terpanggil untuk berbangga dengan organisasi MAT yang tugasnyo ialah untuk melonyapkan kehidupan sebarang jenis / spesis raksakso di muka bumi ini. Hahaha.

Ado jugak mak ayah yang suko namokan anaknya seperti namo mat salleh. Case in point is my second cousin. Namo anak-anak lelaki dio dengan isteri pertamo semuanyo macam omputih. Romeo. Ronee. Rudee. Ada plak namo seperti Benjy, Carl, Andy, Zack, Norman. Dan seterusnya.

Seperti yang brader kobarkan tadi, kalau brader ado anak / anak-anak, brader nak lotak namo mereka dengan satu patah perkataan sahajo. Namo melayu klasik. Tak kirolah samado ionyo menggambarkan pokok, bungo, burung, lurah, sungai, raksakso, nago, kato namo, namo khas, atau sebagainyo. Brader tak kisah. Janji bunyi melayu. Sebagai contohnyo, brader suko namo Bunga Citra Lestari. Klasik bunyinyo, kan? Tapi tujuh suku kato. Panjang sangat. Kalau perempuan, brader akan lotak namo anak brader sebagai Kasih. Atau Cinta. Atau Melati. Atau Ancala. Kalau lelaki plak brader suko kalau namo dio Jauhar. Tuah. Jebat. Rangga. Masyrik. Purnama. Madja. You get my meaning? Easy to the tongue. Sonang ingat. Mosti polis di balai polis di mano brader daftar namo anak brader tu akan bersyukur dengan kewarasan brader. Dok gitu?

Tapi yang ponting sekali, ado ke? Hmmmmm. Sampai sekarang nan ado!