Friday, June 6, 2008

SABAR JER LAH...

Hmmm.

Kenapo sehari duo ni, selopeh kerajaan umumkan kenaikan hargo minyak petrol dan diesel melampau-lampau, tetibo kenderaan kek jalan rayo jadi tak berapo banyak?

Mano poi keto, bas, lori dan pelbagai jonis kenderaan yang selalu nyo mendorum dan berdosup ke hulu dan ke hilir? Dah duo ari brader lalu LDP dari umah brader di Puchong menuju ke tompek kojo di Shah Alam, jalan smooth yo pagi dan potang. Selalu eh sosak sampai naik krem la kaki ni asyik menokan klutch.

Mano poie rakyat marhaen ni? Dorang protes ko tak mau bawak keto poi tompek kojo? Kalau iyo, dorang poie kojo naik apo yo? Kobarlah dan syer la sikit supayo brader leh tumpang semangkuk. Menyirap jugak darah brader bilo tetibo yo hargo minyak naik. Nampak gayo nyo semuo kito yang terlibat secaro langsung dongan kenaikan ni konolah ubah gayo hidup memasing supayo ionya tidak menjorat leher sendiri kolak.

Hai. Yang terjopit makin terkopit. Lopeh ni pulak, bermulo pulak teori domino. Ontahlah. Dah koring tokak bercakap dan dah tak tolok nak bertokak laie dah.

Time-time camni alangkah elok bonar kalau ado tikar terobang. Tak payah nak isi minyak. Tak perlu bayar road tax. Tak perlu bayar 300% cukai duti & eksais walau pun keto buatan tempatan. Tapi sebelum pakai, brader kono bawak repair dan modify dulu kek kodai Alkaff. Lotak bumbong, wiper dan ekon. Siapo nak join brader naik tikar terobang versi pimp my ride? Zam zam ala kazamm…

Esok lak ialah sambutan Hari Keputeraan YDP Agung. Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik hamba marhaen tuanku memohon limpah kurnia ke bawah duli agar tolonglah tengok-tengokkan nasib majoriti kami ni di bumi tanah tumpah darah sendiri. Janganlah hendaknya kami ni dijadikan seperti pepatah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Hanya dengan limpah kurnia tuanku sahajalah maka majoriti kami akan dibela. Daulat tuanku. Daulat tuanku. Daulat tuanku.

0 comments: