.... comes around.
Itulah pepatah Inggeris yang lebih kurangnya bermaksud: ko perdajal orang, satu hari nanti orang plak pedajal balik sama ko.
2 minggu lepas brader temankan kawan pejabat brader pergi Low Yatt Plaza. Si Zack ni saja nak jalan2 tengok laptop bagai. Katanya survey untuk gantikan pc di umahnya yang dah uzur.
Tup tup laptop tak jadik beli. Tapi dia beli webcam yang cun.
Brader ejek2 dia. "Weiii ... ko nak wat apa dengan webcam tu hahhh? Nak chatting webcam bogel dengan awek ek?" Zack hanya tersipu2 malu.
Semalam brader plak beli webcam nak ganti webcam brader yang telah rosak. Sorok2, uols. Tanak bagi Zack nampak.
Tapi Tuhan tu masa kuasa. Brader sorok2 pegi beli webcam tu masa time lunch sorang2. Tapi lepas balik opis dan dalam kelam-kabut nak pi solat, brader tertinggal plastik beg berisi webcam tu atas meja.
Balik surau jer Zack dah duduk tersengih dalam bilik brader.
"Oooooo .. beli webcam baru hahhhh?? Nak chat Skype bogel dengan aweks ker?"
Adussssss .... maluuuuuuuu nyer....
So moral of the story ..... lu pikir la sendiri!
Friday, January 30, 2009
WHAT GOES AROUND ......
Posted by BraderBoroi at 10:37 AM 0 comments
Labels: ntahapaapatah
Thursday, January 29, 2009
SUPERSTITION #1
I read with glee in today's online Telegraph.uk.
It had an article about David Beckham.
Ermmm. Let me be more specific. It had a story about Mr. Posh Spice, and his ... urmmm.. buns.
The story goes like this:
Beckham, who previously went by the name 'Goldenballs' - a pet name given to him by his wife Victoria (aka Posh Spice) - has been labelled 'Goldenbuns' because his AC Milan team-mates supposedly like to touch his backside for luck.
Since the 33-year-old's arrival on loan from LA Galaxy, Beckham has started every game for the Rossoneri and the Serie A club have since not lost a match.
And, when he scored for Milan during their 4-1 thrashing of Bologna at the weekend, his team-mates Andrea Pirlo and Clarence Seedorf made a point of stroking his posterior.
An 'insider' is even quoted in the Sun as saying: "Italy is a superstitious country, people touch things for luck. "Now the players are doing the same thing with Becks' bottom. He is seen as lucky."
Woiittt ... janganlah. Nanti Posh ingat aku geiboi plak....
Only in Italy that superstition is taken to the limit. One of these days, Milan will crash to a home defeat infront of their fanatical fans in San Siro and Beckham's arse will be done for.
Come to think of it, the Malaysian football team would need more than a bum grope to escape the doldrum its in. Our current ranking in world football is not something that we can jump for joy and shout "MALAYSIA BOLEH!" at.
The only way to turn Malaysia football around is also bum related. We just need to kick some old, hairy and crony asses off the organisation and bring in some new butts whose management, tactical and business savviness would be Blue Ocean to a football afficionado like moi.
But I better stop at that, before I get my own posterior into trouble!
Posted by BraderBoroi at 8:18 AM 0 comments
Labels: agaknya ler kan, Milan
Wednesday, January 28, 2009
ALERGIK LA PLAK
Akhirnya brader berjaya juga buat ujian alahan di sebuah hospital premier di KL.
Untuk makluman, brader mengunjungi klinik Otolaryngology secara berkala sejak tahun 2007 lagi disebabkan mengalami sindrom vertigo. Bagi mereka yang tidak mengetahui dan malas nak baca link yang telah brader sediakan, Otolaryngology adalah sejenis cabang perubatan yang memberikan tumpuan khusus kepada permasalahan yang berkaitan dengan telinga, hidung, tekak, dan hal² lain yang berkaitan dengan kepala dan tengkuk. Vertigo pula ialah sejenis permasalahan yang berkaitan dengan keseimbangan badan.
Setelah melalui proses penyaringan yang begitu menyeluruh, seperti pemeriksaan ultrasound telinga, dipaksa tidur satu malam di hospital untuk menjalani kajian ke atas ‘sleep apnea’, dan beberapa lagi kajian yang melibatkan mencucuk, mengorek dan menjelir, maka akhirnya doktor mengarahkan brader melalui satu ujian alahan (allergy test) pada Jumaat , 23 Jan yang lepas. Tujuan ujian ini adalah untuk menentukan apakah makanan / perkara yang mengakibatkan sinus brader menjadi terlalu melampau.
Perkara pertama yang ditanya oleh kakak misi yang bertugas di kaunter klinik alahan tersebut ialah samada brader mengikut arahan terdahulu untuk tidak mengambil pil alahan antara 7 – 10 hari sebelum ujian dijalankan. Setelah mengiyakannya, brader diminta untuk mengisi borang yang penuh dengan soalan² yang begitu saintifik dan mencabar minda, terutamanya di dalam sejarah perubatan keluarga brader. Setelah membidik dan menyimpan dadu yang digunakan untuk menjawab soalan objektif, barulah brader dijemput (betul ni, dijemput) berjumpa dengan doktor dan dua orang pembantunya.
Perkara-perkara yang dilakukan oleh doktor yang penuh sopan dengan pembantu²nya di dalam melaksanakan ‘skin allergy test’ ini ialah:-
1. Menyemak jawapan yang brader isi di dalam borang soalselidik tadi. Kalau nak ikut standard SPM, brader skor 85% betul. Yayyyy.. errr 85% ialah B1 kan?
2. Meletakkan 3 strip kertas bertanda 1 – 62 di tangan kanan dan kiri brader (belah dalam) dan menitiskan cecair berasingan pada setiap titik yang bernombor.
3. Doktor yang baik hati tersebut seterusnya menggunakan sejenis alat yang digunakan untuk menebuk lubang halus di kulit tangan brader agar cecair yang dititiskan tadi menyerap ke dalam tangan brader. 62 alat penebuk digunakan untuk membuat lubang yang begitu mikroskopik di tangan brader.
Dan keputusannya ialah:-
Huhuhuhu … brader alergik kepada hama dalam Malaysia (no. 9) dan hama import (no. 8). Dan bukan kecik anak punya alergik tu. Tiga +. Dan brader juga alergik kepada kucing, walau pun mild (satu +). Jadik itulah sebabnya walaupun makan obat dan bagai, sinus brader tak reda².
Tapi apa brader nak buat kat 2p, Boboy & Gegirl nanti? Takkan nak halau derank. Kesihan kucing² tu. Huhuhu … fenin fenin.
Jadi secara kesimpulannya, brader kenelah rajin mengemas rumah dan bilik setiap minggu. Hama ni bukan sahaja ada di persekitaran tetapi juga pada cadar, sarung bantal dan pada karpet. Kene buanglah karpet² ni. Huhuhu… Bantal² pun kene jemur di panas terik selalu kerana dia akan mati bila kene matahari. Gamaknya macam vampire jugaklah. Mati bila kene cahaya matahari.
Posted by BraderBoroi at 12:09 PM 0 comments
Labels: nak makan obat ke tak
KUNG HEI KUNG HEI ....
Wahlau ...
Posted by BraderBoroi at 8:53 AM 1 comments
Labels: cuti perayaan
Thursday, January 22, 2009
BUAT SASPEN JER
Nasib. Sungguh bernasib baik.
Setelah ketinggalan 3 - 0 di tangan kelab dari Divisyen Satu, Burnley selepas masa penuh permainan, kelab brader telah berjaya menerobos gawang pasukan lawan dengan dua gol jaringan Roman Pavlyuchenko (gambar bawah) dan Jermaine Defoe untuk menjadikan keputusan akhir 3 - 2. Tetapi jika dikira dengan agregat maka pasukan brader telah menang dengan jaringan 6 - 4 (perlawanan pertama kami menang 4 -1).
Apa yang menyebabkan brader bersuara tentang nasib yang benar² menyebelahi tim brader ialah sekiranya jaringan masih kekal 3 - 0 selepas masa tambahan, maka Burnley akan diberikan kemenangan berdasarkan kepada jaringan di tempat lawan (away goal) dan ini akan membawa pasukan cili api ini ke final Piala Carling yang akan diadakan pada 1 Mac 2009 di Stadium Wembley, London. Dalam menempuh onak dan ranjau ke perlawanan separuh akhir ini, Burnley telah berjaya menewaskan gergasi BPL yang ternama seperti Chelsea dan Fulham. Dan mereka masih boleh mendabik dada walau pun tewas 'sipi' di perlawanan separuh akhir kedua ini.
Namun disebabkan oleh 'nasib' memang menyebelahi tim brader maka ianya membolehkan pasukan ini berdepan dengan lawannya Manchester United di final nanti. Hmmmmm. Memang janggal nanti tengok Berbatov menyarung jersi merah dan cuba merobek benteng pertahanan kawan² sepasukannya dahulu. Tapi apa nak kata, itulah bola. Sebenarnya bola ni sama seperti politik gak. Tak semestinya kawan dan musuh itu berkekalan sampai bila². Hari ini boleh bermain sebagai kawan di dalam satu pasukan. Esoknya plak jadi 'musuh' berlawanan.
Ironinya, tim brader ini juga akan berdepan dengan Manchester United hari Sabtu (24 Jan) ni di Old Trafford untuk cubaan memarakan diri ke perlawanan pusingan ke 5 Piala FA. Ni yang bertambah² saspen ni. Apatah lagi dengan form dan mood mendominasi Red Devils masa ni. Ditambah pula dengan kebuntuan prestasi dan kecederaan pemain di dalam tim brader. Huhhh...
Ini yang akan membuatkan malam² brader berkeceramuk dengan anxiety dan acidity (dalam perut sebab stress).
Tapi yang pastinya pagi ni brader NGANTUUUUUKKKKKK ..... Nak amik MC bley? huhuhuhu...
Posted by BraderBoroi at 9:17 AM 1 comments
Labels: domam bola
Tuesday, January 13, 2009
KATAKAN TAK NAK .... !
"Bro. Bagi la gua tip cemana nak berenti merokok."
Posted by BraderBoroi at 9:10 AM 3 comments
Labels: ngomel
Thursday, January 8, 2009
MARAH
Posted by BraderBoroi at 9:14 AM 0 comments
Labels: marah ni