Thursday, January 22, 2009

BUAT SASPEN JER

Nasib. Sungguh bernasib baik.

Setelah ketinggalan 3 - 0 di tangan kelab dari Divisyen Satu, Burnley selepas masa penuh permainan, kelab brader telah berjaya menerobos gawang pasukan lawan dengan dua gol jaringan Roman Pavlyuchenko (gambar bawah) dan Jermaine Defoe untuk menjadikan keputusan akhir 3 - 2. Tetapi jika dikira dengan agregat maka pasukan brader telah menang dengan jaringan 6 - 4 (perlawanan pertama kami menang 4 -1).


Cak... yeyyyy...

Apa yang menyebabkan brader bersuara tentang nasib yang benar² menyebelahi tim brader ialah sekiranya jaringan masih kekal 3 - 0 selepas masa tambahan, maka Burnley akan diberikan kemenangan berdasarkan kepada jaringan di tempat lawan (away goal) dan ini akan membawa pasukan cili api ini ke final Piala Carling yang akan diadakan pada 1 Mac 2009 di Stadium Wembley, London. Dalam menempuh onak dan ranjau ke perlawanan separuh akhir ini, Burnley telah berjaya menewaskan gergasi BPL yang ternama seperti Chelsea dan Fulham. Dan mereka masih boleh mendabik dada walau pun tewas 'sipi' di perlawanan separuh akhir kedua ini.

Namun disebabkan oleh 'nasib' memang menyebelahi tim brader  maka ianya membolehkan pasukan ini berdepan dengan lawannya Manchester United di final nanti. Hmmmmm. Memang janggal nanti tengok Berbatov menyarung jersi merah dan cuba merobek benteng pertahanan kawan² sepasukannya dahulu. Tapi apa nak kata, itulah bola. Sebenarnya bola ni sama seperti politik gak. Tak semestinya kawan dan musuh itu berkekalan sampai bila². Hari ini boleh bermain sebagai kawan di dalam satu pasukan. Esoknya plak jadi 'musuh' berlawanan.

Ironinya, tim brader ini juga akan berdepan dengan Manchester United hari Sabtu (24 Jan) ni di Old Trafford untuk cubaan memarakan diri ke perlawanan pusingan ke 5 Piala FA. Ni yang bertambah² saspen ni. Apatah lagi dengan form dan mood mendominasi Red Devils masa ni. Ditambah pula dengan kebuntuan prestasi dan kecederaan pemain di dalam tim brader. Huhhh...

Ini yang akan membuatkan malam² brader berkeceramuk dengan anxiety dan acidity (dalam perut sebab stress).

Tapi yang pastinya pagi ni brader NGANTUUUUUKKKKKK ..... Nak amik MC bley? huhuhuhu...

1 comments:

mohdariqsalem said...

hi,can we exchnage our banner,if u done have banner,i still can postyur link,please let me know after it done.thank

http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/