Wednesday, January 28, 2009

ALERGIK LA PLAK

Akhirnya brader berjaya juga buat ujian alahan di sebuah hospital premier di KL.

Untuk makluman, brader mengunjungi klinik Otolaryngology secara berkala sejak tahun 2007 lagi disebabkan mengalami sindrom vertigo. Bagi mereka yang tidak mengetahui dan malas nak baca link yang telah brader sediakan, Otolaryngology adalah sejenis cabang perubatan yang memberikan tumpuan khusus kepada permasalahan yang berkaitan dengan telinga, hidung, tekak, dan hal² lain yang berkaitan dengan kepala dan tengkuk. Vertigo pula ialah sejenis permasalahan yang berkaitan dengan keseimbangan badan.

Setelah melalui proses penyaringan yang begitu menyeluruh, seperti pemeriksaan ultrasound telinga, dipaksa tidur satu malam di hospital untuk menjalani kajian ke atas ‘sleep apnea’, dan beberapa lagi kajian yang melibatkan mencucuk, mengorek dan menjelir, maka akhirnya doktor mengarahkan brader melalui satu ujian alahan (allergy test) pada Jumaat , 23 Jan yang lepas. Tujuan ujian ini adalah untuk menentukan apakah makanan / perkara yang mengakibatkan sinus brader menjadi terlalu melampau.

Perkara pertama yang ditanya oleh kakak misi yang bertugas di kaunter klinik alahan tersebut ialah samada brader mengikut arahan terdahulu untuk tidak mengambil pil alahan antara 7 – 10 hari sebelum ujian dijalankan. Setelah mengiyakannya, brader diminta untuk mengisi borang yang penuh dengan soalan² yang begitu saintifik dan mencabar minda, terutamanya di dalam sejarah perubatan keluarga brader. Setelah membidik dan menyimpan dadu yang digunakan untuk menjawab soalan objektif, barulah brader dijemput (betul ni, dijemput) berjumpa dengan doktor dan dua orang pembantunya.

Perkara-perkara yang dilakukan oleh doktor yang penuh sopan dengan pembantu²nya di dalam melaksanakan ‘skin allergy test’ ini ialah:-

1. Menyemak jawapan yang brader isi di dalam borang soalselidik tadi. Kalau nak ikut standard SPM, brader skor 85% betul. Yayyyy.. errr 85% ialah B1 kan?

2. Meletakkan 3 strip kertas bertanda 1 – 62 di tangan kanan dan kiri brader (belah dalam) dan menitiskan cecair berasingan pada setiap titik yang bernombor.

3. Doktor yang baik hati tersebut seterusnya menggunakan sejenis alat yang digunakan untuk menebuk lubang halus di kulit tangan brader agar cecair yang dititiskan tadi menyerap ke dalam tangan brader. 62 alat penebuk digunakan untuk membuat lubang yang begitu mikroskopik di tangan brader.

4. Menunggu 15 minit untuk keputusan ujian tersebut. Selama menunggu tu, timbul bijik buntil di tangan brader yang bertanda 8, 9 dan 13.

Dan keputusannya ialah:-

Huhuhuhu … brader alergik kepada hama dalam Malaysia (no. 9) dan hama import (no. 8). Dan bukan kecik anak punya alergik tu. Tiga +. Dan brader juga alergik kepada kucing, walau pun mild (satu +). Jadik itulah sebabnya walaupun makan obat dan bagai, sinus brader tak reda².

Tapi apa brader nak buat kat 2p, Boboy & Gegirl nanti? Takkan nak halau derank. Kesihan kucing² tu. Huhuhu … fenin fenin.

Jadi secara kesimpulannya, brader kenelah rajin mengemas rumah dan bilik setiap minggu. Hama ni bukan sahaja ada di persekitaran tetapi juga pada cadar, sarung bantal dan pada karpet. Kene buanglah karpet² ni. Huhuhu… Bantal² pun kene jemur di panas terik selalu kerana dia akan mati bila kene matahari. Gamaknya macam vampire jugaklah. Mati bila kene cahaya matahari.

Tapi ok gak sebab brader tak alah kepada makanan² seperti yang brader sangkakan. So still boleh balun. Jom …..

0 comments: