Wednesday, January 28, 2009

KUNG HEI KUNG HEI ....

Wahlau ...


Brader dah miss 3 hari untuk ucapkan ribuan Gong Xi kepada kawan² yang berbangsa Tionghua.



May the Year of the Ox brings prosperity and good health to us all. Insyallah.

Thursday, January 22, 2009

BUAT SASPEN JER

Nasib. Sungguh bernasib baik.

Setelah ketinggalan 3 - 0 di tangan kelab dari Divisyen Satu, Burnley selepas masa penuh permainan, kelab brader telah berjaya menerobos gawang pasukan lawan dengan dua gol jaringan Roman Pavlyuchenko (gambar bawah) dan Jermaine Defoe untuk menjadikan keputusan akhir 3 - 2. Tetapi jika dikira dengan agregat maka pasukan brader telah menang dengan jaringan 6 - 4 (perlawanan pertama kami menang 4 -1).


Cak... yeyyyy...

Apa yang menyebabkan brader bersuara tentang nasib yang benar² menyebelahi tim brader ialah sekiranya jaringan masih kekal 3 - 0 selepas masa tambahan, maka Burnley akan diberikan kemenangan berdasarkan kepada jaringan di tempat lawan (away goal) dan ini akan membawa pasukan cili api ini ke final Piala Carling yang akan diadakan pada 1 Mac 2009 di Stadium Wembley, London. Dalam menempuh onak dan ranjau ke perlawanan separuh akhir ini, Burnley telah berjaya menewaskan gergasi BPL yang ternama seperti Chelsea dan Fulham. Dan mereka masih boleh mendabik dada walau pun tewas 'sipi' di perlawanan separuh akhir kedua ini.

Namun disebabkan oleh 'nasib' memang menyebelahi tim brader  maka ianya membolehkan pasukan ini berdepan dengan lawannya Manchester United di final nanti. Hmmmmm. Memang janggal nanti tengok Berbatov menyarung jersi merah dan cuba merobek benteng pertahanan kawan² sepasukannya dahulu. Tapi apa nak kata, itulah bola. Sebenarnya bola ni sama seperti politik gak. Tak semestinya kawan dan musuh itu berkekalan sampai bila². Hari ini boleh bermain sebagai kawan di dalam satu pasukan. Esoknya plak jadi 'musuh' berlawanan.

Ironinya, tim brader ini juga akan berdepan dengan Manchester United hari Sabtu (24 Jan) ni di Old Trafford untuk cubaan memarakan diri ke perlawanan pusingan ke 5 Piala FA. Ni yang bertambah² saspen ni. Apatah lagi dengan form dan mood mendominasi Red Devils masa ni. Ditambah pula dengan kebuntuan prestasi dan kecederaan pemain di dalam tim brader. Huhhh...

Ini yang akan membuatkan malam² brader berkeceramuk dengan anxiety dan acidity (dalam perut sebab stress).

Tapi yang pastinya pagi ni brader NGANTUUUUUKKKKKK ..... Nak amik MC bley? huhuhuhu...

Tuesday, January 13, 2009

KATAKAN TAK NAK .... !

"Bro. Bagi la gua tip cemana nak berenti merokok."


Semalam Irwan merengek kat brader. Sambil batuk² manja menunjukkan dia tak sihat.

Sebenarnya brader pun dulunya penagih nikotin yang tegar. Ada orang isap rokok sehari 3 kotak. Ada yang lebih. Ada yang hanya 1 kotak je. Tapi apa pun, perokok tegar tetap perokok tegar. Samada sekotak, atau 10 kotak.

"Gua takde tip le, bro. Yang penting lu kene bulatkan tekad. Psycho otak sendiri. Gua nak berhenti. Gua nak berhenti. Gua nak berhenti. Pastu berhentilah." Brader kongsi pengalaman.

"Tapi susah la, bro," dengus Irwan. "Takde bende ni.." Irwan menayangkan sepuntung rokok Marlboro light yang bernyala marak di celah jari telunjuk dan jari hantunya, ".. gua tak boleh idup, beb. Gua tak bley port (terjemah: chill, kut)."

Betul gak. Orang yang tak pernah merokok memang senang je molot mereka suruh perokok berhenti merokok. Kata² sinis dan kekadang sadis memang menyakitkan hati. Sampai ke peringkat kalau boleh kita cekik non-smoker tu, haiiii... memang dah banyak dah kes homisid pasal bende ni.

Tapi nasib baiklah Bolehland ni ada gak undang² dan peraturan yang harus diikut. Namun dari pengalaman brader yang telah berhenti merokok lebih dari 4 tahun ni, kalau nak berhenti merokok, terus jer berhenti. Tak perlu nak berhenti gradually. Tak payah dari 2 kotak sehari ke 1 kotak. Dari 1 kotak ke 10 batang sehari. And so on and so forth. 

Hari brader decide nak berhenti merokok, terus brader berhenti. Sampai la ke lar. Insyallah masih boleh bertahan lagi walau pun ramai setan² kecik yang menghasut brader isap satu batang atau sedut satu paf. Setakat ni alhamdullilah brader boleh tangkis. Brader berdoa agar brader boleh tangkis sampai akhir hayat. Brader pun manusia gak. Banyak kelemahan. Ya Allah ya TuhanKu. Kau selamatkanlah hambaMu ini dari sebarang hasutan untuk menghisap rokok; bulatkanlah tekad hambaMu yang lemah ini agar dapat terus menghindari dan menolak godaan² untuk menghisap rokok. Hanya kepadaMu lah hambaMu meminta pertolongan dan kekuatan. Amin ya rabbalalamin.

So apakah moral of the story? Kepada kenkwn ku yang jatuh dalam kategori perokok tegar. Kalau nak berhenti tu, buat macam iklan Nike dan just do it! 

Kepada kenkwn non-smoker yang suka sangat bagi nasihat kepada smoker untuk berhenti dari tabiat buruk ini, renti kanlah kerja sia² itu. Perokok tegar akan sentiasa banyak alasan di dalam kamusnya untuk terus merokok. Kita hanya boleh bagi galakan dan dorongan untuk orang yang ada kesedaran NAK berhenti sahaja. Percayalah cakap brader ni.

Dan apakah implikasinya kepada brader bila berhenti merokok secara mendadak? Terus berat badan naik dan perut menjadi bulat seperti bola. Mengalahkan perempuan mengandung 7 bulan. Tapi takpe. Semalam ada orang habaq perut brader seksi. Hiks. Suka suka suka ... (tepuk tangan)

Thursday, January 8, 2009

MARAH

Sori la sbb brader lama x posting.

Sbb nya ialah krn brader marah. Brader kalau marah x tau apa nak tulih. X ada idea nak dikongsi. Eh betul ke? Dulu pun lama gak blog ni bersawang? Marah jugak ke?

Jawapannya: Huhuhuhuhu.....

Tapi kali ni brader memang marah betul².

Marah atas kebodohan manusia.

Marah atas kedayusan puak-puak yang bertelagah.

Marah atas kekejaman yang masih menular di dalam hati manusia.

Kalau x kejam, takkan manusia sanggup lakukan begini?


Sapa x sedih tgk baby mati sebegini?


Parent mana yang boleh tahan sebak?

Masyallah ....

Tak tahu nak cakap apa lagi

Brader kalau ada super power nak je hantuk²kan kepala taiko besar gerombolan rejim Zionis, Hamas dan Amerika Syarikat kat dinding batu Tembok Besar China tu. Baru agaknya perasan amarah ni dapat reda.