Friday, December 26, 2008

MERRY KRISMAS SEMUA


Kepada yang merayakan, selamat beraya. Kepada yang bercuti sampai ujung tahun tu, selamat bercuti. Don't do anything that I wouldn't do.

Wednesday, December 24, 2008

Posting Yang Melankolia

Wah. Dah bersawang blog brader ni. Jadik macam rumah tinggal plak.


Kata ustaz, kalau rumah lama ditinggalkan tak berpenghuni, maka segala jenis jin akan membuatkan rumah tu tempat tinggal mereka. Tapi brader tak tanya plak berapa lama yang 'lama' tu.

Kalau blog dah lama terbiar bersawang ni pun ada jin yang hinggap ke?

Pagi tadi, masa brader tengah drive nak pergi keje, brader pasang CD carca-marba yang telah dicetaklanunkan dari Limewire untuk pendengaran halwa telinga sendiri. Sampai je ke lagu Dato' Siti Nurhaliza yang berduet dengan sifu M. Nasir, iaitu lagu runut dari cerita Puteri Gunung Ledang (PGL) tu, untuk kesekian kalinya brader terkedu mendengarkan keindahan senikata dan bait-bait dari lagu tersebut. Senikata arwah Loloq memang hebat. Lagu & muzik ciptaan sifu memang kelas. Kelunakan gabungan suara Dato' Siti dan sifu memang ngam.

Itu yang buat brader mengimbau kembali kenangan menengok wayang cerita PGL tu dulu. 1st time brader nampak warga bukan Melayu tengok wayang cerita Melayu. Cerita PGL ini lah. Bukan sorang dua. Berderet-deret barisan kerusi, worr. Skrip yang ditulis oleh bro Mamat Khalid memang syahdu dan tangkap lentok. Siapa kata bahasa Melayu tak boleh digunakan sebagai bahasa romantis, beb? Ingat bahase Perancis, Itali atau Inggeris saja ke yang boleh? Kalau tak percaya, tengok balik DVD atau VCD cerita PGL tu dan hayati pertuturan terutamanya antara antagonis dan protagonis yang sedang hangat bercinta. Khusyuk, wa cakap lu...

Hmmm. Dah nak sampai ke penghujung tahun 2008 ni, tetiba plak brader jadik melankolik. Apa-apalah, labu..

Friday, November 7, 2008

SERONOK SKIT..

1. Dalam kehangatan bolasepak sekarang ni, (dengan pertandingan di peringkat Eropah, EPL, La Liga, Serie A, dan pelbagai lagi liga) brader pun sedikit sebanyak terjebak dengan kemeriahan dan aura permainan bolasepak moden walau pun kita berada di kejauhan daripada liga-liga yang telah brader nyatakan tadi.

2. Di pejabat, sebagai contohnya, setiap kali time tea-break waktu pagi, bebudak opis sering berdebat tentang keunggulan pasukan kegemaran masing-masing dan perlawanan-perlawanan hebat awal, pertengahan dan hujung minggu. Seperti biasa di Malaysia ni peminat bola akan bercakap tentang EPL, atau ada yang sebut BPL. Ramai yang sokong Man. Utd. Ada yang sokong Chelsea. Ada yang sokong Arsenal. Tapi brader tak minat tim² yang kebanyakan orang minat. Brader sokong team 'under-achiever' ni sejak usia brader 13 tahun.

3. Sebab itu bila tim kesayangan brader ini bermula dengan sayu dan layu pada awal musim ini, brader rasa sedih. Tahun lepas, apabila Pengerusi kelab kesayangan brader ini memecat jurulatih kerana gagal memenangi beberapa perlawanan awalan, dan dibawa pula masuk seorang jurulatih import yang mempunyai nama yang gah dan reputasi yang hebat, brader bertepuk tangan kegembiraan.

4. Walau pun tahun lepas tim kesayangan brader hanya menduduki tangga ke 11 di dalam liga dan hanya berjaya memenangi satu piala yang 'insignificant', brader bagitau diri sendiri mungkin coach ni akan bawak masuk orang² dia musim depan dan perbaiki kedudukan mereka.

5. Dan sebelum musim baru bermula, berdegar² brader baca cerita tentang pemain itu dan pemain ini akan menyarung jersi tim kesayangan brader ini. Hati brader mula berdebar-debar dengan penuh pengharapan. Soalan yang sering brader tanya pada diri sendiri ialah: Mampukah tim aku ni mencabar dan memecah tradisi 'top 4' di dalam EPL musim ni?

6. Bila satu demi satu pemain ternama kelab kesayangan brader ni meninggalkan kelab untuk mencuba nasib dan memperbaiki rezeki di lain-lain kelab yang lebih glamer dan ternama, brader pun cakap: Takpelah. Pemain baru nanti mampu menonjol jugak nanti. Dibuat pulak tim ni menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam perlawanan-perlawanan ujian pra-musim, brader rasa 'yesss.. ini lah masanya untuk bangkit dan merubah persepsi orang ramai tentang tim ni.'

7. Rupa²nya perkara yang sama musim lepas berlaku semula musim ini. Malah, ianya lebih teruk dan memilukan. Pemain-pemain yang brader ingat begitu berkaliber kelihatan amat lesu dan tak bermaya. Permainan yang menggarapkan nilai-nilai teknikal dan taktikal yang begitu mengelirukan tidak menyumbang langsung kepada kebangkitan pasukan ini. Penyokong mula naik menyampah dan mula mem'boo' pemain-pemain di akhir kekalahan permainan. Namun walau pun prestasi tim kesayangan brader ini tidak memberangsangkan, brader tetap bulatkan tekad untuk menyokong mereka tanpa berbelah-bagi sebagaimana masa awal² dulu.

8. Sekarang brader merasa seronok skit dengan kejayaan tim brader ini walau pun masih melangut di tangga terbawah liga. Semalam tim kesayangan brader ini telah mengalahkan Dinamo Zagreb 4 - 0, dan harapan brader agar kejayaaan ini akan berpanjangan apabila tim brader ini bermain dengan Man. City ahad nanti. Apa pun brader harap panas akan berpanjangan sampai ke petang dan hujan tidak akan turun di tengahari.

9. Baiklah adik² dan anak². Soklan menguji mindanya pula ialah: TIM APAKAH YANG BRADER SOKONG NI?

p.s. Axim. Ko tu kaki bola kan? Dah tau tu diam² jer taw? Huhuhuhu.

Wednesday, November 5, 2008

AGAKNYA LA KAN...

Brader baca berita baru² ni mengatakan bahawa David Beckham akan dipinjamkan untuk bermain dengan pasukan AC Milan semasa Liga Bolasepak MSL bercuti pada Januari 2009.


Agaknya ler kan, kalau David Beckham tu tiba di Lapanganterbang Antarabangsa Malpensa, Milan dan lihat gambar bawah ni, u ols rasa dia malu tak?



Hehehe....

Friday, August 15, 2008

ANAK BUAH YANG BERTUAH

Hari Rabu lepas, masa brader singgah kat rumah kakak brader di Danau Kota, Gombak, brader kuis bahu kakak brader.


"Kak Wok," kata brader. "Ko tengok anak dara ko tu. Cakap dalam telefon macam ada perkara serius je."

Brader juihkan mulut brader ke arah anak kakak brader yang ketiga, Munirah, yang baru berusia 6 tahun. Cik Murni, gelaran yang memang kami panggil dia sejak dia mula pandai berbicara (masa umur dia 7 bulan lebih dia dah ucapkan perkataan pertama dia - bingit!), bukan calang² budak perempuan. Setiap perkataan yang ditutur dan perbuatan yang dibuat adalah serius dan bersungguh-sungguh. Dan mulutnya! Masyallah! Melebihi bertih jagung. Busuknya mengalahkan longkang besar DBKL selepas hujan lebat! Lasernya boleh mengalahkan Akak Ogy kita. Sungguh. Brader tak tipu ni. Dan jangan lupa ye umur dia baru 6 tahun. 6 tahun! Baru pra-sekolah. Tahun depan baru nak melangkah ke sekolah rendah dalam tahun 1.

Sebelum brader teruskan dengan 'kejadian' Rabu lepas, izinkan brader kupaskan skit perangai Cik Murni ni. Dia ni tak takut sesiapa langsung. Kata dia, dia hanya takut Allah. Itu yang keluar dari mulut dia sendiri. Brader pernah tanya dia: "Cik Murni tak takut ayah?" Dia jawap dengan selamba: "Ayah bukan Tuhan. Buat apa nak takut ayah." Lepas tu brader tanya dia lagi: "Abis, Cik Murni tak takut ibu?" Dia jawap dengan serius: "Ibu sayang kita. Kita pun sayang ibu. Anak beranak buat apa nak takut antara satu sama lain?"

Anyway, dia tak takut langsung dengan sesiapa. Ada sekali tu, kakak brader bagitau yang masa pilihanraya lepas masa dia ikut ibu dan ayahnya pergi membuang undi di tempat pembuangan undi, adalah juak² parti itu dan ini memujuk ibu dan ayahnya memangkah parti mereka. Lepas jer sorang mamat dari parti *tutt* ni bersuara, Cik Murni dengan selamba bagitau mamat tu: "Parti awak tu pembohong. Suka tindas orang. Hanya Allah akan balas kejahatan parti awak tu." Mamat tu tergamam tak dapat nak cakap apa. Rupa²nya perbincangan hangat antara brader dan ayah Cik Murni tentang politik telah sedikit sebanyak melekat pada otaknya. Itulah ayat yang digunakan oleh ayahnya masa berbicara dengan brader dulu. Betul. Brader tak bohong. Ini yang disampaikan oleh Kak Wok kat brader. Bohong Kak Wok, bohonglah brader.

Lepas tu adalah sekali brader ikut pergi kenduri kawin adik ipar Kak Wok di Pontian tahun lepas. Biasalah kenduri kendara di kampung, belah malam tu ada joget lambak. Seperti biasa, bila joget lambak, orang² tua dan dewasa mula²nya macam malu² nak bukak pentas. Jadi seperti biasa, mc akan jemput budak² menari dulu. Cik Murni ni dengan kepetahan dan 'keramahan' dia begitu senang mendapat kawan di kampung. Adalah seorang 'kawan' dia ni nama Anis, yang 2 tahun lebih tua dari Cik Murni, naik ke pentas menari dengan kawan² kampungnya. Masa tu brader tengok muka Cik Murni dah berubah, dan jadi macam tak keruan. Brader tanya dia mengapa. Dia cakap tetiba dia terasa macam nak naik pentas menari bersama 'kawan' dia. Brader cakap pergilah menari. Dia balas, kalau pergi naik pentas sendiri dia segan. Kalau Pakcu teman dia berani. Brader ni dengan lurus bendulnya kata kalau nak pakcu hantar ke pentas ok jer, dan dia terus tarik tangan brader. Dah hantar dia ke tengah pentas, mc pulak buat announcement yang brader adalah orang dewasa pertama yang naik ke atas pentas untuk menari. Jadik, dia mintak brader joget dan pada masa yang sama menjemput orang² dewasa yang lain naik ke pentas. Ya Allah! Dahlah brader tak reti menari. Serba salah brader dibuatnya. Malu jangan nak cakaplah. Mahu tak mahu, brader goyangkan jugaklah pinggul brader yang memang keras kematu ni ala² Jakpa Onn. Habis gamat satu kampung ketawa dengan gelagat brader. Terkena brader! Sebab apa? Sebab anak buah bertuah brader yang sorang ni! Lepas tu bila abang ipar brader ajak brader balik ke kampung dia, brader selalu bagi alasan yang tak logik.

Berbalik kepada cerita Rabu lepas. Kak Wok pun cakap kat brader nanti dia akan korek rahsia Cik Murni ni. Jadi kami pun tunggulah sehingga budak tu abis bercakap telefon. Lepas jer dia letak telefon, ibu dia tanya dengan selamba, seolah² tak ambil pot.

"Cik Murni cakap telefon dengan sapa?"
Cik Murni mengeluh. Seolah² ada beban berat yang digalasnya.
"Cik Murni cakap dengan kawan ke?" brader pulak yang tanya.
Dia mengeluh lagi. Dan mengangguk kepala. "Dengan Fatin (best fren dia di kelas pra-sekolah)."
Ibu dia mula main jarum. "Ibu tengok Cik Murni macam ada masalah je? Cerita lah kat ibu."

Puaslah kami memujuk dia ceritakan masalahnya. Masih jugak dia tetap menyimpan rahsia dan beban yang dipikulnya itu sendirian. Sehinggalah lepas makan malam.

Tetiba je dia tarik tangan ibu dia. "Ibu, kita ada bende nak bagitau kat ibu. Tapi ibu kene janji ye ini rahsia kita. Ayah pun jangan bagitau ye."

"Pakcu boleh dengar?" kata brader. Dia menjeling kat brader dengan jelingan yang boleh membelah manusia. Itulah jawapannya kepada soalan brader tadi.

Kemudian dia tarik tangan ibunya menuju ke dapur. Brader pun perlahan² duduk di kerusi di sebalik dinding dapur sambil memasang telinga. Brader tau, apa² yang akan diceritakan oleh Cik Murni kepada ibunya pasti sesuatu yang paling kelakar di dalam keseriusannya. And I'm not going to miss it for anything in the world.

"Kat sekolah kita ada boyfren. Nama dia Azri. Fatin cakap dia suka kita, sebab kita suka senyum kat dia. Dia pun suka senyum kat kita. Kita suka dia, dan dia pun suka kita. Tapi tadi Fatin bagitau yang Azri dah cakap 'I love you' kat Arisya Syamira (anak salah seorang cikgu pra-sekolah Cik Murni yang sebaya dengan dia). Jadi sekarang kita tak suka dah kat Azri sebab dia tak jujur."

Brader nyaris² pecah perut di sebalik dinding dapur tu. Tapi brader tahan jugak sebab takut nanti Cik Murni mengamuk atau merajuk dengan brader. Lorrr. Rupa²nya kecik² dah ader cinta monyet. Masyallah. Budak² zaman sekarang ni.

Bila abang ipar brader balik, brader ajak dia pegi makan roti canai kat luar. Dan kemudian brader cerita kat dia apa yang brader dengar. Kami bantai ketawa sampai keluar² air mata di kedai mamak dekat Danau Kota tu.

Cik Murni, Cik Murni. Cemanalah ko besar sok. Jenuh ayah dan abang² ko jaga ko nanti. Hehehehe.

Monday, August 11, 2008

BERPINDAH OPIS

Maaflah sebab brader dah lama tak update blog ni. Sampai naik bersawang dah.

Sebab musabab utamanya ialah kerana brader sibuk berpindah opis, dari TTDI Jaya di Shah Alam, ke Desa Melawati (dekat² Tmn Melawati), Kuala Lumpur.



Jadik bila dah berpindah opis tu, aktiviti utama yang telah dibuat ialah mengemas. Antara sedar dengan tidak, dalam bertahun² kita duduk di satu tempat tu, rupa²nya berlambak sungguh dokumen yang telah kita kumpul. Nak sort satu persatu dokumen yang perlu di bawa bersama dan yang perlu dibuang mengambil masa dan tenaga yang begitu lama. Diam tak diam, dalam brader seronok berkerja di ibu pejabat di Shah Alam tu, brader telah mengumpul lebih dari 10 karung besar 'harta karun' yang seharusnya dilupuskan. Unsangkarable betui.

Pintu masuk utama


Tangga nak menghala ke pejabat brader di tingkat 2


Kuruih aku ari² manjat tangga ni


Bilik brader di tingkat 2


Dapat workstation baru.. yahoooo

Bilik  training


Mussolah


Yang ni plak bilik air di floor brader. Best.. takyah nak share

Friday, July 18, 2008

HTC TOUCH DIAMOND

Brader sekarang telah memasukki era 'touch-screen' telefon bimbit yang dipelopori oleh i-Phone.

Baru² ni brader telah menukar hp brader model Dopod D810 kepada HTC Touch Diamond yang menggunakan teknologi Touchflo 3d, yang memudahkan sambungan secara animasi ke mana² perkhidmatan yang ditawarkan oleh model tersebut.


Hehehe. Sekarang ni brader tengah test try cuba semua jenis kemudahan yang ditawarkan di dalam hp Touch Diamond ini. Lain skit dari Dopod dulu. Seronok dapat pakai hp canggih ni. Terasa macam tech-savvy plak. Huhuhu.

Dalam toilet pun sempat posing dengan hp baru... huhuhu..

Setakat ni bila i-Phone keluar di pasaran, brader tak teruja sangat nak pakai. Mungkin disebabkan generasi pertama i-Phone ni tak banyak application yang brader rasakan bagus. Tapi bila tengok je model Touch Diamond ni, tetiba jer menggeletis brader nak. Balik umah tak boleh tido mengenangkan hp tu. Esoknya pergi balik kedai dan terus sambar satu tanpa banyak berfikir. Takut kalau berkira sangat nanti tak jadik beli. Dan masa beli tu tak bawak kawan pun. Pergi sorang², sebab takut nanti kawan boleh pengaruh brader supaya jangan beli. Hehehe. Teruk bebenor nafsu brader ni, kan?

Kepada sesiapa yang berura² nak tukar hp atau beli hp baru, sambarlah satu hp jenis ni. Leh geng nanti.

Happy weekend, everybody!

p.s. Bilalah cerita Milan brader ni nak abis?

Friday, July 4, 2008

BUAT SASPEN JER!

Brader baru balik dari menghadiri mesyuarat dan melawat outlet di Hospital Sultan Ismail (HSI), JB.

Dekat² nak abis mesyuarat tu, puan pengerusi mintak supaya brader sampaikan kepada management brader permohonan untuk mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil sekali lagi di dapur utama HSI ni. Selepas kami menang tender lepas, sebelum memasukki secara rasmi, kami telah pun buat bacaan yassin dan tahlil sekali di dapur. Pelik gak ngapa tak sampai dua bulan beroperasi puan pengerusi mohon supaya kami buat bacaan yassin sekali lagi.

Sikap ingin tahu brader membuatkan brader terus menerus mengupas permintaan yang bagi brader begitu aneh. Akhirnya terungkai jugak persoalan yang terpendam di dalam sanubari brader.

Rupa²nya hospital ini kuat penunggunya. Seorang steward (bukan macam flight steward tu. steward di sini merujuk kepada kakitangan dapur yang kerjanya mencuci dan membasuh pinggan mangkuk dan lain² kerja pencucian di dapur utama) yang kami gaji seperti biasa telah membuat 'closing' dapur selepas trolley, tray dan pinggan mangkuk turun dari wad selepas makan malam. Lebih kurang dalam kol 10 lebih la. Tetiba je, Farid, dak steward ni, terasa nak pergi kencing. Maka selepas menutup pintu² utama dan menutup suis lampu dapur, dia pun bagitau kat kawan dia yang dia nak masuk toilet nak buang air. Kawan dia ni pun tunggu lah di luar kawasan dapur.

Masuk je toilet lelaki, pintu² locker tempat budak² lelaki simpan helmet, beg dan sebagainya tetiba terhempas terbuka. Macam ada angin yang tolak pintu² locker yang berkunci tu. Mamat ni pun dah mula saspen, tapi masa tu tak ingat apa lagi. Dia pun masuklah cubicle nak buat kerja dia. Belum sempat bukak zip, dia terbau benda yang teramatlah busuk sampai membuatkan dia mual dan meludah² persis nak muntah ke dalam mangkuk tandas. Pastu dia terasa berangin di belakang tengkuk dia.

Toleh² je dia nampak kelibat hamba Allah yang begitu besar dan hitam dengan rambut lembut bak sutera mengurai² (part ni klise sangat) sambil memandang bengis ke arah dia. Terhambur pelbagai jenis doa dan serapah dari mulut dak Farid ni. Katanya, lemah segala saraf dan lutut dia pada masa tu, dan dia tak perasan berapa lama dia tercegat terketar² memerhati hamba Allah tu merenung dia dengan renungan makrifat yang tajam menikam kalbu. Dia cakap dia sedar balik bila Ejoy, kawan dia di luar dapur masuk ke dalam toilet mencari dak Farid ni sebab lama sangat menunggu dia.

Farid lepas tu EL 2 hari sebab terpaksa memulihkan semangatnya yang dah hilang terbang ntah ke mana (yalah. kenelah EL. mana tok moh ada chit MC kan?).

Lepas tu mulalah satu persatu kejadian misteri diceritakan oleh pegawai² HSI kepada brader. Ada sorang dietitian ni habaq, satu hari tu dia terpaksa bekerja sampai kol 7 mlm lebih, dan dari kelibat anak matanya dia nampak salah seorang Catering Officer (CO) di sana tengah duduk buat kerja di tempat dia. Bila dietetian ni angkat kepala, takde orang pun di tempat CO tu. Lain dari tu, di toilet lelaki selalu kedengaran toilet di flush. Tapi bila diperiksa, takde orang dalam toilet. Shower terbuka sendiri tu biasa jugak berlaku. Tapi yang bestnya, kekadang makanan yang telah siap di simpan di dalam tray boleh hilang selama 2-3 hari. Selalu gak caterer sebelum ni bertelingkah dengan Jabatan Dietetik & Sajian, HSI berkenaan perkara ni. Tray makanan itu akan dijumpai di sebuah tempat yang berlainan dari tempat asal, dan selalunya makanan tersebut tidak akan diusik. Patutlah masa brader mula² dtg ke HSI ni, selalu gak brader dengar bacaan ayat² suci al-quran berkumandang menerusi PA system hospital.

Teringat brader cerita salah seorang tukang masak yang bertugas di Hospital Selayang pulak. Depa ni terpaksa masuk kerja dalam kol 4-4.30 pagi untuk masak bekfes bagi pesakit². Dia pernah cerita ada satu hari tu, tengah² bukak walk-in chiller nak ambil ayam untuk dimasak, dia nampak satu lembaga berpakaian putih tengah mencangkung dan meratah ayam mentah. Katanya, nasib baik 'bende' tu membelakangi dia. Cepat² dia tutup pintu chiller. Kemudiannya dia ajak seorang lagi tukang masak untuk temani dia masuk chiller. Nasib baik 'bende' tu dah takde. Dah kenyang dah gamaknya, tu yang dia blah tu. Cerita kanak² bermata 'bercahaya' main sorok² dengan staf di antara peralatan² yang ada di dalam dapur tu dah biasa brader dengar.


Menakutkan, kan? Buat saspen je. Kalau korang perasan, bilik mayat hospital kerajaan selalunya bersebelahan dengan dapur utama. Lain kali untuk projek 'turn-key' hospital kerajaan ni, mintaklah supaya bilik mayat dia dibuat secara 'stand-alone'.

Brader pasti banyak lagi hospital² lama yang 'berpenunggu' seperti HSI (yang ni hospital baru sebenarnya, tapi mungkin tanah yang didudukinya berpenunggu). Teringat brader kepada cerita² tentang Hospital Lady Templar (di belakang velodrome Bandar Tun Razak), PPUM, HKL dan lain². Persoalannya, adakah kita sebagai hamba yang kerdil di sisiNya harus takut dengan permainan makhlukNya yang nakal? Atau kita harus menerima kehadirannya dan berkongsi kehidupan seharian dengannya sebagai salah seorang makhluk ciptaan Allah swt. Ini semua terpulang kepada persepsi dan penerimaan korang secara individu.

Yang pastinya, jangan biarkan kehidupan korang dibelenggu oleh M-I-S-T-E-R-I.

Saturday, June 28, 2008

FINAL EURO 2008

Yesss.

Seperti yang brader predict di dalam posting yang lepas, top 2 team dari 4 pasukan yang brader sokong telah masuk final Euro 2008 dan akan menjadi juara.

Team yang tak masuk list brader tapi begitu menyerlah di peringkat awal seperti Belanda, Portugal dan Russia adalah hanya 'pretenders' sahaja. Try again next time.

Kalau nak diikutkan di atas kertas, pasukan Sepanyol yang mempamerkan permainan yang kemas, passing game yang berkualiti dan mempunyai 2 pemain muda yang paling menyerlah seperti David Silva dan Cesc Fabregas akan menjuarai Euro 2008 ni. Tapi satu je masalah team Sepanyol ni dari dulu lagi ialah inconsistency dan semangat nak menang mereka tu begitu rapuh.

Pasukan Germany pulak berhempas pulas nak menundukkan sebuah pasukan Turkey yang bergitu bersemangat dan mengawal perlawanan dengan baik sekali. Boleh lah brader katakan di sini bahawa Germany sebenarnya bernasib baik memenangi perlawanan separuh akhir tempoh hari. Turkey pulak amat bernasib malang apabila hampir separuh dari pasukannya tidak turun padang disebabkan oleh penggantungan atau kecederaan.

Tapi permainan bola itu tidak pernah dimenangi di atas kertas. Permainan bola ni ada magis nya yang tersendiri. Elemen nasib memainkan peranan yang begitu penting di dalam sesuatu perlawanan. Dan seperti yang Hasbullah Awang selalu kata: Bola itu bulat. Apa2 sahaja boleh berlaku dari minit ke minit perlawanan berlangsung.

Apa2 pun, brader akan keep neutral untuk perlawanan akhir ini dan brader akan enjoy the game as it progresses. Sedih jugak nak tunggu the next Euro 2012. Tapi lepas ni ada Olimpik Games. Dan seterusnya qualifiying rounds for the World Cup 2010. Then the World Cup itself.

Enjoy the most beautiful game in the world.

Friday, June 27, 2008

MILAN DAY 1 - 13.06.08 (Jumaat) (Siri Penjelajahan I)

Milan terkenal bagi 3 perkara.

Yang pertama, ia adalah fashion capital of the world. Ada kabar angin menyebut nenek yang berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah pun akan memastikan penampilan yang kemas dan berjenama apabila keluar rumah. Brader akan explain dalam posting yang kemudian kenapa hampir kesemua penduduk Milan sentiasa kelihatan cantik dan berpakaian berjenama.

Keduanya, Milan terkenal akan keenakan masakannya, terutamanya hasil lautan. Penduduk Milan (dipanggil Milanese) adalah pencinta makanan yang amat mementingkan kesegaran, keenakan dan persembahan makanan. Di sana mereka ada pepatah: everyone is a food critic!

Ketiganya, ianya adalah tempat kelahiran dua pasukan bolasepak terkenal di Itali, Eropah dan dunia iaitu AC Milan dan Inter Milan.


Milan, atau dalam bahasa ibunda disebut sebagai Milano, ialah antara bandaraya yang terbesar di Itali. Terletak di wilayah Lombardi, jumlah penduduk di dalam majlis perbandaran Milan ialah di dalam lingkungan 1.3 juta. Walaubagaimana pun, sekiranya di campur jumlah penduduk di dalam kawasan metropolitan Milan dan persekitarannya, adalah dianggar populasinya di dalam lingkungan 7.4 juta orang.

milano, katanya

Duomo ialah kawasan di dalam bandaraya Milan di mana kebanyakkan butik fesyen berjenama (selain Via Montenapoleone dll) menempatkan perniagaan mereka. Senang cakap macam area Bukit Bintang lar kalau kat KL ni. Duomo, dalam konteks bahasa ibunda, bermaksud gereja besar. Ini bermakna sekiranya sesuatu kawasan tersebut di panggil sebagai duomo di mana-mana sahaja di Itali, ianya bermaksud di dalam kawasan tersebut terdapat sebuah gereja besar atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil sebagai cathederal. Di Milan ini terdapat sebuah cathederal yang di panggil sebagai Duoma di Milano (Milan Cathederal), sebuah gereja yang kedua terbesar di Itali selepas St. Peter’s Basilica di Rome, dan gereja jenis Gothik yang kedua terbesar di dunia.

memang imposing bangunan ni...

Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada kurun ke 14, dan pada dasarnya sehingga kini kerja-kerja pembinaan masih lagi dibuat. Duomo di Milano ini ialah satu²nya gereja yang brader pernah tengok dengan mata kepala sendiri yang mempunyai banyak patung, angels, cherubs, gargoyles, syaitan, manusia dan lain-lain makhluk Tuhan pada arkitekturnya. Terdapat juga sebuah patung emas Madonna (bukan madonna penyanyi tu. madonna ialah ukiran patung yang menyerupai ibu jesus iaitu mary) yang terbesar di dunia di atasnya.

bermacam jenis patung, muka dan sebagainya di sana.. gothik sangat!

mime ni kelakar dan nakal. kalau ada awek cantik lalu depan dia, dia akan cuit bahu awek tu sampai awek tu terperanjat.
lepas tu dia bantai ketawa. brader pecah² perut tgk gelagat dia. so funny.

Berdekatan dengan Duomo di Milano ini terdapat satu kawasan lapang yang teramat la besar. Ianya ialah seperti Trafalgar Square di tengah-tengah kotaraya London. Ianya dipanggil sebagai Piazza del Duomo. Piazza tu maksudnya ‘square’ dalam bahasa Inggeris. Ala kalau korang pernah pergi ke Masjid Putrajaya tu kan kat depan dia ada tanah lapang yang teramat la luas? Bezanya kat Putrajaya tu tanah lapangnya berbentuk bulat. Kat Milan, empat segi.

piazza del duomo - tempat yang paling best utk minum kopi dan cuci mata

kat sini depa jual isi kelapa 1 euro. kalo kat mesia, tak pandang langsung, kan? tapi popular snek ni di milan. leh ler export
kelapa dari mesia kat milan nanti. hehehe..

Kat situ adalah sebijik tv besar (macam kat Dataran Merdeka tu) yang memainkan setiap perlawanan bolasepak Euro 2008 sekiranya pasukan Itali bermain. 1st night brader di Milan, brader telah menyaksikan perlawanan bolasepak secara live di sana di antara pasukan Itali menentang pasukan Romania. Ndak je brader joint geng² Romania bersorak sokong team dorang tapi memandangkan brader ni hormat kepada tuan rumah, brader lupakan saja niat brader tu.

Berdekatan dengan Duomo di Milano dan Piazza del Duomo, terdapat sebuah shopping complex yang tertua di dunia yang dipanggil Galleria Vittorio Emanuel II. Ianya telah direka pada tahun 1861, dan kerja-kerja pembinaan telah bermula pada tahun 1865 dan siap pada 1877. Kat sini lah brader telah mengisi perut brader yang telah kosong akibat kerja-kerja pembentungan dan pemprosesan di dalam bilik hotel brader terdahulu.

gambar ikhsan dari internet

cantik mural dia berusia beratus tahun

emblem & coat of seal bandaraya milano

kedai berjenama di Galleria Vittoria Emanuel II

lagi kedai berjenama

dan lagi

melayu sibuk nak bershopping

Kedai yang brader makan tu telah diasaskan pada tahun 1867 dan berpindah ke kawasan Galleria Vittorio Emanuel II pada awal 1900. Lunch brader hari tu simple jer. Spaghetti with bolognese sauce. Bolognese sauce ni ialah crushed tomato yang telah di blend bersama beberapa herba dan dicampur dengan extra virgin olive oil. Rasanya ialah…. Magnifico!

tu dia ristorante dia estb. 1867.. mak aii.. lamanya

mama mia - simple but superb!


Dan untuk minuman ialah mineral water naturale. Sini ada 2 jenis mineral water. Kalau naturale ialah seperti air mineral yang kita selalu minum tu. Satu lagi ialah air mineral frizzone. Kalau sesiapa penah minum air mineral jenama Perrier tahulah apa yang brader maksudkan.

cantik botol air mineral dia


Hanya di Milano saja apabila kita sedang makan di kaki lima, kita akan dihiburkan oleh persembahan jalanan. Adalah mamat gipsi ni tetiba menari fkamenco dengan selambanya depan tempat brader makan. Tanpa mempedulikan orang lalu lalang, mamat ni seolah-olah naik syeh menari ikut suka ati dia je. Brader rasalah, kalau mamat gipsi ni menari camtu di BB di malam minggu, sure ramai adik² yang taste kat jenis ni merembes. Huhuhuhu….

mamat ni macam tengah naik syeh...

gelek flamenconya leh mengalahkan mas idayu seh...

tapi masih tak leh kalahkan inul gerudi!!!

… bersambung

p.s. Di Milan ni ada banyak shopping district dan jalan-jalan yang memang dikhaskan untuk butik-butik berjenama. Antara yang telah brader sebut ialah Via Montenapoleone. Itu tempat orang² yang berada shopping. Ada jugak tempat seperti Corso Buenos Aires, Lo Shopping, 10 Corso Como dan banyaklah lagi. Yang pentingnya di sana ialah ongkosnya, dan daya ketahanan diri. Dan pastikan anda pakai kasut yang selesa kerana anda boleh expect untuk berjalan berbatu-batu menikmati panorama kotaraya metropolitan yang begitu kaya dengan tamadun dan kelas.

Thursday, June 26, 2008

DUBAI - MILAN - 13.06.08 (Jumaat) (Siri Penjelajahan 1)

Setelah enam suku jam perjalanan dari Dubai, sampai jugak brader ke lapangan terbang Malpensa, di Milan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama brader menjejakkan kaki ke bumi Azzuri. Brader pernah pergi ke Rome lebih kurang 12 tahun yang lepas, di masa matawang dia masih guna lira dan belum ditukar ke euro (€). Milan ni pulak sebenarnya ada 2 airport besar, iaitu Malpensa, lebih kurang 1 jam perjalanan kereta ke bandaraya Milan dan juga Linate, lebih kurang 20 minit perjalanan kereta.

Kalau brader naik MAS, maka transit / stop-over brader akan dibuat di Leonardo da Vinci airport (Rome) dan seterusnya brader kene amik apa² connecting carrier membawa ke Linate airport, Milan. Di Itali terdapat banyak private carriers, seperti AirOne, Niki, Blue dan sebagainya.Airport Linate ni selalunya digunakan untuk penerbangan domestik dan international short haul flight. Memandangkan bahawa Emirates ni ialah international long haul flight maka dia mendarat di Malpensa (MXP).

Ada satu lagi airport kecik untuk Milan yang terletak di bandar Begamo, 42km ke utara bandaraya Milan, yang bernama Orio al Serio yang digunakan untuk akiviti penerbangan ke destinasi pelancongan terkenal di Eropah dan penerbangan tambang murah.

Jadi brader bila keluar je dari pesawat tu, mood sudah hilang. Groggy dan grouchy pun ada. So bila mood ilang memanglah tak teringin nak amik apa² foto untuk di upload. Dahlah gigi tak sempat gosok (gara² berus & ubat gigi brader letak dalam check-in luggage), di tambah pula dengan makanan yang pelbagai di dalam flight dan perut yang meragam, di samping jet-lag dan tidur yang tersengguk-sengguk, maka brader cepat² menuju ke kaunter imigresen untuk memasukki bandaraya Milan. Lepas je pegawai imigresen tu chop pasport dan sebut ‘prego’ (maksudnya sama-sama, [bukan sos Prego untuk spagetti keluaran Kimball tu]) kepada brader, dan selepas brader amik beg dari baggage carousel, maka brader pun cepat² carik teksi nak pergi ke hotel yang telah brader tempah di Largo Augusta, berdekatan Duomo.

My 1st mistake.

Sebelum tu brader lupa plak nak tanya anggaran kos dari MXP ke hotel yang brader duduk tu. FYI, orang² Itali ni ada di antaranya yang kaki belit dan putar alam. So apa² hal kenelah tanya dan paham apa yang dicakap. Teksi yang brader naik tu memanglah selesa. Jenis Fiat wagon. Tapi mamat Itali yang drive teksi tu punyalah tak mesra alam langsung. 10 patah brader tanya, 1 patah jawapnya. Alasan: No parlare inglese.

Dipendekkan cerita, sampai je kat hotel, brader kene bayar €93 untuk tambang teksi. Itu lebih kurang RM 482!!! Tak pernah brader naik teksi semahal tu. Oowhh, kecuali kalau nak dikira semasa naik ‘black cab’ zaman dulu di kotaraya London dari Knightsbridge ke Heathrow airport. Hehehe. Tapi itu crite lain plak.

Padan muka brader! Tapi dah naik dan dah sampai. Jadi mau tak mau, bayar jer.

Lepas check-in, terus masuk bilik dan first thing yang brader buat ialah gosok gigi! Then mandi. Then memerut. Huhuhu. Hahhhh… lepas tu baru rasa macam manusia skit. Dan time untuk check-out Milan!

katil dalam bilik brader

cantik tersusun - tapi ini sebelum tempat ni dilanda oleh 'geroda'

cantik bilik air dia - ini pun sebelum ianya dilanda 'geroda'

yang ini pun nak amik foto gak. perhatikan yg kiri ialah tempat untuk memerut. biasakan? yg kanan tu ialah utk cebuk... geli gak bila air tu memancut kat .. ermmm... uhmm...

... bersambung

p.s. My advise kepada sesiapa yang akan ke Milan, atau yang teringin nak pergi ke Milan. Kalau anda ialah seorang kaki shopping, eloklah tinggal di kawasan berdekatan Duomo. Banyak choice di sana. Terdapat beberapa hotel 5, 4 atau 3 bintang di sana. Untuk informasi lebih , just google. Kalau nak hostel pun ada gak.

Tuesday, June 24, 2008

KL - DUBAI - 13.06.08 (Jumaat) (Siri Penjelajahan 1)

Maaf ler sebab brader lama menyepi diri.

Bukan apa, tapi balik je dari bertugas di luar negara, brader sambung cuti untuk recuperate dari jet-lag. Di tambah pula bila start masuk keje, dokumen berlambak untuk disemak dan mesyuarat tak renti² tentang projek itu dan ini. Ini pun curik² masa untuk menulis ni. Haruslah brader ganti masa yang terambil dengan balik lewat lepas kerja untuk cover-up. Boleh?

Eh eh. Tetiba jer brader tulis dalam proper Malay, kan? Selalunya ada slanga nogori. Tapi untuk posting kali ini brader nak terai tulis dalam bahasa Melayu standard. Ada ke bahasa Melayu standard? Ekceli tak ler standard mane pun bahasa Melayu brader ni. Ada jugak campur² sana sini. Hiks. Biasalah kan?

So pengembaraan (waahhhh) brader bermula dengan kepergian brader ke Milan pada 13 Jun 2008, jam 0045. Red eye flight. Flight time yang paling bosan. Tapi brader terpaksa ikut schedule yang telah ditetapkan di dalam itinerary. So, belasah jer. Brader naik Emirates kali ni. Jenuh Admin & Personnel tempat brader keje suruh brader naik MAS. Tapi brader tak pernah naik Emirates, dan ada kawan yang bagitau seat kapalterbang dia walau pun duk kelas economy besar sikit dari carrier yang lain. Lagi pun tambang dia murah skit dari MAS. So brader pun berjaya di dalam retorik ‘egalitarian vs national pride yang tak bertempat’. Hehehehe.

tiket-tiket brader

kat Balai Berlepas KLIA

busannya ya amatz

OK gak naik Emirates ni. Dapat naik kapalterbang Boeing 777-300. Memang pun seat dia besar skit dari lain² carrier yang brader pernah naik. Dan flight attendant dia best² belaka. Ada sorang dak pompuan dari Malaysia yang on-duty malam tu. Secara otomatiknya brader mengeluarkan aura terlebih PR. Jadi kami pun jadik macam ngam. Dia bagi brader duk aisle seat (brader tak suka duk kat tepi window) yang kosong tanpa brader mintak. Kebetulan pulak flight tu tak penuh dan seating arrangement penumpang adalah sporadic. So brader leh lar lunjur kaki sampai ke seat tingkap. Dapat extra meal and drinks. Dapatlah some complimentary gifts. Bila ada sorang pak sheikh secara spontan tanya flight stewardess tu awatnya brader dilayan ‘mesra sangat’, dia jawap: “All of our customers are special, sir. Except he’s my countryman.” Tu dia. Countryman, katanya. Thanks, Seetha. I love you, girlfriend. Cliché lama yang mengatakan flight steward / stewardess kebanyakannya sombong mungkin ada sedikit kebenaran. But it’s all about human interaction. Treat them as humans and not as Barbie or Ken doll, and they might reciprocate.

ok gak selesa jer..

Namun naik Emirates secara ‘long distance haul’ ni haruslah transit di Dubai. Hmmm. Kene tunggulah pulak tiga jam sebelum naik connecting flight ke Malpensa Airport, Milan. So apa lagi? Brader pun jenjalan dan snap beberapa gambar yang brader rasa boleh mengubatkan rasa kebosanan di dalam sanubari brader. Jom kita tengok pictorial bawah ni.

tengah mencarik gate selepas masuk terminal building

ramai manusia siottt

sekali bahase Arab darrr....

emmm.. menarik gak kalau dapat lepak dlm ni

manusia tido bergelimpangan tunggu connecting flight

mat saleh pun ngorok bergelimpangan

lagi kedai duty free

...dan lagi ....

tangan sapa tatau

masih ramai manusia ni. lain sgt dengan KLIA

tengah jalan² tu, terserempak pulak keluarga ni tengah bertengkar.. layan jap bzbodi

muka tengah selenge tak mandi & tak gosok gigi tunggu connecting flight

hah! tu dia! gate yang brader carik... connecting flight ke Milan

.... bersambung