Wednesday, June 4, 2008

GORAM DI WAKTU PAGI

Pepagi lagi brader dah beristighfar panjang-panjang. Menyirap darah dibuek eh.

Mano taknyo? Ini bukan kali pertamo berlaku. Dah banyak kali dah. Mau jo brader tulis surat kek Pengarah Urusan dio. Bukan surat memuji. Tapi surat komplen.

Ado ko patut bilo brader tepon nak mintak buat appointment, dak pompuan yang jawab tepon tu kato dah ponoh. Dah ponoh apo, brader bukan mintak appointment arini, tapi Sabtu nanti. Itu pon kato eh dah ponoh. Bilo brader tanyo, bilo yang tak ponoh eh, dio kato tepon balik minggu dopan.

Eh eh. Brader cakap cubo lah belek-belek buku appointment tu tengok bilo maso yang ekau pree. Dak pompuan tu jawap balik, ini bukan pakai buku, ini pakai sistem komputer. Dah tak pakai buku-buku ni. Nyombong pulak tu. Brader cakap plak, tak kiro la sistem komputer ko atau buku ko, bukan ko duo-duo eh manusio yang buek? Tengok jo lah dalam sistem komputer ekau yang canggih manggih tu bilo tarikh pree nak buek appointment. Dak pompuan tu cakap tepon balik minggu dopan.

Lahhh. Ni sapo yang carik sapo ni? Ini pelanggan mencarik penyedio perkhidmatan. Lebih kurang macam perigi mencarik timbo la pulak. Brader tak kisah kalau appointment ponoh. Itu adatlah kan. First come first serve. Tapi yang tak boleh brader terimo ialah caro customer service eh melayan pelanggan. Sepatutnya sebagai pelanggan, awak diagung-agungkan. Sobabnya pelanggan yang bawak masuk pendapatan. Gaji dak pompuan tu pelanggan yang bayar. Kalau takdo pelanggan yang melanggan, takdo lah gaji dak pompuan tu. Takdolah dapek bonus bagai. Ini tidak. Terbalik pulak berlaku. Pelanggan diciritkan. Cemano nak timbul customer loyalty? Sok nanti bilo pelanggan tak ndak melanggan perkhidmatan ekau lagi, baru terhegeh-hegeh pujuk orang datang. Masa tu sorry la brader nak layan. Brader pun dah bertekad pado diri sendiri bahawo inilah kali terakhir brader boli produk dio. Once bitten twice shy. Go to hell lah lain kali.

Dan macam yang brader kobarkan tadi, ini bukan kali pertamo brader kono macam ni. Ini dah kali ke berapo tah. Last-last brader antar kek kodai biaso jo. Memang lah kalau nak ikutkan ati nak antar kek pengedar asal, tapi kalau gitu perangai eh, elok pogi kek kodai biaso jo.

Botol la cakap PM dulu: 1st class facility, 3rd class mentality. Sebijik kono dongan dak pompuan tu.

p.s. Cerito ni ialah berkonaan dongan Perodua service centre.

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

ni buat service apa nih? tapi kalau Abg Bear pun hangin satu badan... aku akan menulis surat sekali ngan nama budak yg kurang hajar tu... apa nak buat... kami dah selalu buat... tak puashati jer komplen, tak puas hati komplen...

BraderBoroi said...

yo botol tu bear. kalau dak pompuan tu ado dopan brader, den cakar² muko eh pinjam kuku brader bear. boleh yo?